BIDANG KUASA

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 74(2))

Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepadanya oleh mana-mana perkara lain, Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri (iaitu Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan) atau Senarai Bersama.

Jadual Kesembilan (Senarai II-Senarai Negeri)

6. Kerja-kerja Negeri dan kerja-kerja air, iaitu:
(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air); pengawalan kelodak, hak riparia.

Dalam sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005, Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan bagi Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang memindahkan perkara-perkara berkaitan dengan bekalan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri kepada Senarai Bersama (kecuali Sabah & Sarawak). Pindaan diwartakan pada 10 Februari 2005 dan berkuat kuasa pada 21 Mac 2005.

Dengan pindaan itu, Kerajaan Negeri mengekalkan kuasanya terhadap sumber air, kawasan tadahan dan lembangan sungai manakala industri perkhidmatan air daripada segi pelesenan dan kawal selia operator perkhidmatan di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan (Perkara 74(2))

Kerajaan Negeri Kedah mengambil langkah proaktif dengan menggubal suatu Enakmen yang memperuntukkan pengurusan bersepadu mengenai penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air di negeri ini.

Lanjutan daripada itu, Dewan Undangan Negeri Kedah yang bersidang pada 21 November 2007 telah meluluskan Enakmen Sumber Air Kedah dan diwartakan pada 27 Mac 2008 yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2010.

Comments

TOP