PENCAPAIAN

Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau 2.0

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengadakan Program Penanaman Pokok Bakau anjuran bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah pada 26 Oktober 2017 yang lalu bertempat di Pusat Interpretasi Pelancongan Kompleks Jeti Semeling, Lembangan Sungai Merbok, Kedah Darul Aman.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Laksamana Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin DMK., DSDK. Sambutan ini merupakan sambutan kali kedua diadakan di Negeri Kedah dan bertema “Save Nature for future 2.0".

Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau

Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau yang dilancarkan pada 10 Mei 2016 bertempat di Kompleks 11 Lembangan Sungai Merbok, Sungai Petani, Kedah. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kedah YB.Dato 'Haji Badrol Hisham Bin Hashim Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Sumber Air, Tenaga dan Perumahan.

Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah Darul Aman

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengadakan Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2017 pada 30 Mac 2017 yang lalu bertempat di Aman Central, Alor Setar. Pelancaran Hari Air Sedunia ini telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah, SHMS., SSDK., DHMS., DSDK., KMN., AMK., PPN., BKM., PJK., JP. Menteri Besar Kedah Darul Aman. Sambutan ini merupakan sambutan kali pertama diadakan di Negeri Kedah dan bertema “Water and Wastewater” atau Air dan Air Sisa.

Comments

TOP