SOALAN LAZIM

Mengapakah LSAN ditubuhkan?

Seksyen 4 (1)(2)

Suatu Lembaga Sumber Air hendaklah ditubuhkan. Lembaga adalah sebuah pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh menyaman dan disaman diatas namanya, dan boleh membuat kontrak dan memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan harta tak alih, dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih dan harta tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada lembaga, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut.

Apakah fungsi LSAN?

Menurut Seksyen 6 Enakmen Sumber Air Negeri Kedah 2008

Untuk memastikan perlindungan kehidupan yang menyokong kapasiti air dan ekosistem, memaksimumkan faedah ekonomik, social dan alam sekitar mereka untuk generasi sekarang dan masa hadapan dan mengelakkan apa-apa kesan yang buruk dalam penggunaan dan pembangunan sumber air;

Untuk mengawal selia pemindahan air antara lembangan dalam negeri;

Untuk mengalakkan dan memudahkan kerjasama dan penyelarasan antara agensi yang berlainan bagi penggunaan pelbagai fungsi sumber air;

Untuk menyelaraskan cari gali dan pembangunan sumber air tambahan;

Untuk membangunkan keupayaan dan kepakaran untuk bertindak sebagai tempat rujukan pusat bagi isu pengurusan sumber air bersepadu dalam Negeri; dan

Untuk menasihati Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pengurusan dan pemindahan air antara Negeri.

Apakah definisi Sungai, Sumber Sungai, Badan Perairan, Air Tanah dan Air Pinggir Laut?

Seksyen 3

Sungai ertinya mana-mana anak sungai, alur air semula jadi, atau apa-apa cawang sungai, sama ada semula jadi, diubah suai atau buatan, dan mana-mana kepungan di dalam air.

Sumber air ertinya termasuklah mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air.

Badan perairan ertinya sungai, tasik, kolam, wetland, air pinggir laut, air tanah dan badan perairan yang lain sama ada semula jadi atau buatan termasuk tebing dan lapisan atau mana-mana bahagian tersebut atau persekitarannya.

Air tanah ertinya air subpermukaan yang terdapat dibawah permukaan tanih dan formasi geologi.

Air pinggir laut ertinya apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pinggir laut Negeri sebagaimana yang disifatkan oelh undang-undang membentuk perairan wilayah Negeri itu.

Berapakah bilangan sungai di Negeri Kedah yang di wartakan?

Anggaran jumlah keseluruhan sungai yang terdapat di Negeri Kedah adalah 905

Anggaran jumlah sungai yang telah diwartakan adalah 784 batang sungai

Bilangan lembangan sungai negeri kedah 119 dan 4,416.144 km2

Apakah perbebezaan diantara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSAN)?

Membekalkan air terawat

Syarikat pengganti kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah

Menguruskan sumber air dan lembangan sungai

Ditubuhkan untuk memastikan sumber air lembangan sungai dan peraiaran pantai di negeri kedah terpelihara

Menyelaras cari gali dan pembangunan sumber air tambahan

Comments

TOP