UNIT KEWANGAN & HASIL

Pengenalan

Unit Kewangan merupakan unit yang bertanggungjawab dalam memastikan pengurusan kewangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dilaksanakan dengan cekap, berkesan dan berhemat berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan, Peraturan dan Enakmen Sumber Air Kedah 2008.

Unit kewangan LSANK berfungsi dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan kepada kakitangan dan pelanggan dalam semua aspek kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran gaji, tuntutan elaun, perolehan kerajaan dan kutipan hasil jabatan.

Visi

Sebuah bahagian yang unggul, berintegriti tinggi, efisien dalam perkhidmatan pengurusan kewangan dan perakaunan Lembaga Sumber Air.

Misi

Meningkatkan kualiti perkhidmatan pengurusan kewangan dan perakaunan yang menepati keperluan pihak yang berkepentingan serta kehendak pelanggan dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkesan.

Objektif

Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada kakitangan dan pelanggan dalam semua aspek kewangan termasuk perkhidmatan pembayaran gaji, elaun, perkhidmatan dan kursus mengikut:

Jangkamasa secepat mungkin

Kos yang ekonomi

Mutu yang terbaik

Skop Perkhidmatan

Unit Kewangan mempunyai fungsi-fungsi utama seperti berikut:

1) Pengurusan akaun

Menguruskan pembayaran secara elektronik fund transfer(EFT) bagi bil-bil, invois bayaran dan perkhidmatan, tuntutan serta elaun-elaun dalam perkhidmatan awam.

Menyedia dan menyelaras anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

Memantau prestasi perbelanjaan dan penyediaan laporan-laporan kewangan.

2) Pengurusan gaji

Bertanggungjawab mengurus pembayaran gaji dan elaun kakitangan.

Menyediakan perubahan gaji, menyemak dan membuat pengesahan potongan gaji.

Menguruskan pembayaran elaun lebih masa dan elaun perjalanan.

3) Pengurusan kewangan

Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan bagi pembelian terus dan perolehan sebutharga di peringkat jabatan.

4) Pengurusan hasil

Menguruskan semua pungutan dan penerimaan hasil jabatan.

Penyediaan laporan bulanan dan tahunan hasil.

Comments

TOP