UNIT OPERASI & PENYELIDIKAN

Pengenalan

Unit operasi dan penyelidikan ditubuhkan bagi melengkapkan unit Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja operasi, pemantauan serta penyelidikan. Unit ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu unit operasi, unit penyelidikan serta unit Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT).

Fungsi

Memastikan peruntukan Enakmen Lembaga dan peraturan-peraturan yang digubal di bawahnya dikuatkuasakan sejajar dengan pembangunan dan perancangan Lembaga.

Menjalankan pemantauan kualiti air di kawasan-kawasan industri, perairan pantai, sungai, akuakultur dan agrikultur di seluruh kawasan Negeri Kedah.

Menyelaras serta mengeluarkan dan penerimaan kompaun atau denda mengikut kesalahan yang dilakukan.

Mengawal, mengurus dan menjalankan penyelidikan terhadap tahap kualiti sumber air dalam tahap yang terbaik.

Merancang, menggendali, memantau dan menambahbaikan sistem penyelidikan.

Menyediakan maklumat serta pengeluaran lesen permit dan kebenaran bertulis kepada organisasi yang memerlukan untuk menjalankan kegiatan terhadap sumber air.

Mengeluarkan kompaun atau denda mengikut kesalahan yang dilakukan.

Menjalankan dan menyediakan kajian-kajian dan laporan berkaitan pembangunan dan perancangan air di Negeri Kedah.

Visi

Menjamin kualiti sumber air di Negeri Kedah sentiasa terpelihara pada tahap terbaik.

Misi

Menjadi sebuah unit yang menjalankan operasi, penguatkuasaan dan penyelidikan bagi mencapai kualiti dan hasil kerja yang mapan dan terunggul.

Objektif

Melaksanakan fungsi sebagai penyelaras, pemudahcara dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisyen dengan menjadikan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai dan Pelan Pengurusan Bersepadu Zon Pantai sebagai sumber rujukan utama.

Mewujudkan sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan dalam memastikan sumber air terpelihara dan kualitinya terjamin.

Menjalankan tindakan dengan kadar segera selepas aduan diterima.

Menyemak, menyelaras peraturan, prosedur perundangan dan pematuhan Enakmen dari masa ke semasa.

Menjalankan pemantauan dan penyiasatan ke atas syarat-syarat lesen.

Melaksanakan tanggungjawab untuk mendakwa atau membatalkan lesen yang disalahgunakan setelah siasatan dibuat secara terperinci.

Menjalankan penyelidikan dan kajian-kajian berterusan bagi meningkatkan kadar Indeks Kualiti Air (IKA) ke tahap yang lebih baik.

Bertanggungjawab menjalankan penyiasatan ke atas projek pembangunan kualiti air di Negeri Kedah.

Bersiap sedia dan memberi respon ke atas kecemasan rasmi sama ada bencana alam, gangguan penggendalian operasi dan sebagainya.

Comments

TOP