LSANK telah menghadiri Persidangan Asia Water 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center yang bertujuan untuk mendapatkan pengetahuan tentang pengurusan sumber air mentah dan terawat. Dalam persidangan ini, pelbagai syarikat, konsultan dan pihak yang berkepentingan yang berperanan dalam industri pengurusan air mempamerkan pameran, seminar dan bengkel kepada semua pengunjung yang hadir. Persidangan ini turut diadakan untuk menggalakkan transformasi dan memacu perubahan bagi pengurusan air mentah dan air terawat oleh pihak industri seluruh negara khususnya Malaysia.
Asia Water 2024 merupakan platform air dan air sisa terkemuka di rantau ini bagi pembangunan teknologi serantau asia. Ianya berfungsi sebagai hab pusat untuk profesional perkhidmatan air dan air sisa, peneraju industri, pemimpin setempat dan pelaksana dasar serantau. Asia Water 2024 menyediakan persekitaran yang ideal untuk pelaksanaan transformatif dan memacu perubahan dalam industri perkhidmatan air dan air sisa di rantau ini.
You must be logged in to post a comment.