LSANK melalui Bahagian Teknikal telah menyertai Borneo International Water & Wastewater Exhibition Conference 2024 (BIWWEC 2024) yang dianjurkan oleh Persatuan Air Malaysia (MWA) Cawangan Sarawak sebagai platform penting untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dalam sektor pengurusan air di antara pemimpin industri dan pembuat dasar sekaligus memperluaskan ilmu pengetahuan tentang pengurusan sumber air mentah dan terawat.
Dalam persidangan ini, pelbagai syarikat, konsultan dan pihak yang berkepentingan yang berperanan dalam industri pengurusan air menyertai pameran, seminar dan bengkel kepada semua pengunjung yang hadir.
BIWWEC 2024 membuka peluang kepada individu dan organisasi yang terlibat dalam sektor pengurusan air untuk terus berkembang bagi menghadapi cabaran masa depan.
You must be logged in to post a comment.