LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di kawasan Kampung Charok Bakong, Daerah Sik yang melibatkan premis menjalankan aktiviti penternakan haiwan. Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan kerana premis didapati bersalah, tidak mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pengabstrakan Air) 2015 dan premis dikehendaki untuk membuat permohonan lesen dalam kadar segera.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.
You must be logged in to post a comment.