Program Malaysia International Water Convention (MIWC) 2023 telah berjaya dirasmikan oleh YB Datoβ Sri Huang Tiong Sii, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), bersama YBhg. Dato’ Razali Bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembetungan) bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
MIWC merupakan platform penting untuk menjalin hubungan kerjasama dalam bidang pengurusan air serta bertukar pendapat, pengetahuan dan inovasi dalam usaha menangani cabaran kekurangan air serta menjana pembaikan dalam sektor pengurusan air negara.
Antara aktiviti yang dilaksanakan seperti River Basin Management Dialogue, lawatan pempamer teknikal dari pelbagai agensi yang berkepentingan.
Hadir sama dalam program ini, Tuan Pengarah bersama Ketua Bahagian LSANK. Semoga dengan adanya program seumpama ini dapat memberikan input yang berguna demi kelestarian sumber air di Negeri Kedah.
You must be logged in to post a comment.