LSANK dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bekerjasama dengan mengemukakan permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melaksanakan OPA yang bertujuan menghasilkan hujan di kawasan tadahan yang melibatkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Negeri Kedah serta Empangan Bukit Merah di Negeri Perak bagi membantu meningkatkan sumber air untuk penggunaan domestik, industri, pengairan padi dan keperluan lain.
Kesesuaian untuk menjalankan OPA ditentukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berdasarkan ramalan cuaca dan kelembapan udara di kawasan yang terlibat.
Pemilihan lokasi juga adalah berdasarkan kepada persetujuan mesyuarat yang telah memutuskan supaya dilaksanakan di empangan tersebut disebabkan peratusan takungan semasa yang rendah dan menjadi bekalan utama sektor domestik serta pengairan padi.
OPA merupakan usaha Kerajaan bagi menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dilaksanakan selama 3 hari mulai 29 Julai 2024 hingga 31 Julai 2024 serta melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), NADMA, METMalaysia, LSANK, MADA dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian.
Hadir sama dalam OPA, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah LSANK.






You must be logged in to post a comment.