LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air dan aktiviti pelepasan efluen di Daerah Kuala Muda yang melibatkan premis menjalankan aktiviti perlombongan kuari.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air dan aktiviti pelepasan efluen bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, dua notis pemberitahuan kesalahan dikeluarkan dan keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.
You must be logged in to post a comment.