LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah melaksanakan pemeriksaan dan pemasangan buoy di Pantai Cenang, Langkawi untuk memenuhi kehendak Lesen Aktiviti Badan Perairan yang dijalankan di Pantai Cenang, Langkawi kepada semua pengusaha yang tertakluk kepada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.
Pemasangan buoy adalah bertujuan sebagai penanda arah untuk memisahkan kawasan aktiviti orang ramai berenang di pantai dan kenderaan bermotor seperti jetski, bot parasailing dan lain-lain. Selain itu, buoy juga dapat memastikan aktiviti badan perairan di pantai lebih tersusun sekaligus mengurangkan kemungkinan insiden yang boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan pada kenderaan air.
Melalui inisiatif ini, LSANK dapat menyediakan kawasan persekitaran yang sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi sukan air seperti mana yang tertakluk di dalam Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.
You must be logged in to post a comment.