Sesi penyerahan agihan lebihan hasil LSANK diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman selaku Pengerusi LSANK kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah sempena Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah Bilangan 2 Tahun 2024.
Perkara ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen 18A, Enakmen Sumber Air Kedah 2008 iaitu walau apapun seksyen 17 dan 18, wang yang disebut dalam seksyen-seksyen itu melebihi keperluan kewangan Lembaga untuk melaksanakan fungsinya di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Negeri Disatukan.
Selain itu, LSANK juga tidak terkecuali menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Negeri dengan menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas akibat bencana di Negeri Kedah. Bantuan disalurkan kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah oleh Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa, Pengarah LSANK.
Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat meringankan mangsa-mangsa bencana yang terkesan. Semoga Negeri Kedah terus menjadi negeri di mana tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti.
You must be logged in to post a comment.