LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar menerima mandat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah untuk melaksanakan State Environmental Health Action Plan Negeri Kedah (SEHAP) di bawah Thematic Working Group TWG 1 : Bekalan Air.
SEHAP adalah suatu inisiatif yang dirancang supaya lebih sistematik untuk menambahbaik kesihatan alam sekitar dengan mewujudkan perancangan dan pelaksanaan tindakan alam kesihatan dan alam sekitar secara komprehensif, holistik serta penglibatan dari pelbagai perkhidmatan dan kerjasama intersektoral di peringkat negeri.
LSANK dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah menjalankan pelaksanaan work plan 4 iaitu aktiviti menyelusuri sungai di bawah kumpulan kerja tematik (Thematic Working Group) TWG 1 : Bekalan Air dengan memfokuskan kawasan yang menghadapi masalah kekeruhan sumber air iaitu kawasan yang berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Ular, Kulim.
Aktiviti ini disertai oleh Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Sumber Air (PASAK), Pejabat Kesihatan Daerah (Kulim, Sik, Kuala Muda, Padang Terap, Kubang Pasu), Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Utara, Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan wakil NGO iaitu WWF. Setiap kumpulan telah menyelusuri sungai bagi mengenalpasti punca pencemaran yang berpotensi akan mengakibatkan peningkatan kekeruhan sumber air mentah.
Tahniah dan syabas atas penglibatan semua dalam menjayakan aktiviti menyelusuri sungai di bawah kumpulan kerja tematik (Thematic Working Group) TWG 1 : Bekalan Air. Semoga usaha ini dapat melestarikan pengurusan sumber air di Negeri Kedah.
You must be logged in to post a comment.