LSANK telah menghadiri lawatan khas yang diadakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga untuk meninjau peratusan paras air tadahan di Empangan Pedu dan Empangan Muda.
Lawatan dimulakan dengan taklimat tentang sejarah pembinaan empangan, paras tadahan air terkini, keselamatan empangan, aktiviti-aktiviti sekitar empangan dan rekod-rekod terdahulu tadahan empangan. Lawatan diteruskan dengan pemantauan paras air di Outlet Terowong Saiong, Mong Gajah dan Empangan Pedu seterusnya ke Empangan Muda dengan menaiki bot yang disediakan oleh MADA menerusi tasik sehingga ke Inlet Terowong Saiong.
Selain itu, delegasi juga tidak terkecuali untuk membuat pemantauan paras air dan aktiviti-aktiviti di Seri Mahawangsa Boat House, Tasik Pedu dan Jeti Awam Nelayan, Empangan Muda.
You must be logged in to post a comment.