LSANK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah mengadakan Sesi Pembelajaran: Kaedah Pemasangan dan Pengendalian Ultrasonic Flowmeter yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pemasangan serta penyelenggaraan alat pengukur aliran air terkini iaitu Ultrasonic Flowmeter.
Antara pengisian utama sesi pembelajaran ini adalah Pengenalan kepada Ultrasonic Flowmeter, Kaedah Pemasangan, Pengendalian dan Penyelenggaraan oleh wakil daripada BPO Distributions Sdn. Bhd., En. Abdul Rauf bin Nordin dan En. Mohd Shukri bin Daud.
Sesi pembelajaran ini merupakan usaha untuk memperkasakan kecekapan teknikal kakitangan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber air di Negeri Kedah.
You must be logged in to post a comment.