LAWATAN TAPAK PEMANTAUAN AKTIVITI KUARI BERKAITAN PELESENAN DIBAWAH PERATURAN-PERATURAN SUMBER AIR KEDAH DI DAERAH KUALA MUDA DAN KULIM

/ / Aktiviti, Arkib

Pada 1 Ogos 2019, Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, (LSANK)  telah membuat lawatan turun padang ke tapak aktiviti kuari di Daerah Kuala Muda dan Kulim. Lawatan bertujuan untuk melihat sejauh mana pematuhan pemegang lesen kuari terhadap Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah. Kunjungan Puan Pengarah pada hari tesebut diiringi oleh Jurutera Unit Operasi dan Penyelidikan, Pegawai Sains dari Unit Kawalan dan Pencemaran, Pegawai Undang-undang dari Unit Perundangan dan Penguatkuasaaan serta beberapa kakitangan dari unit penguatkuasaan.

Progam lawatan dimulakan dengan Puan Pengarah dibawa melihat kawasan kuari yang dikatakan tidak beroperasi kerana kuari tersebut menangung kerugian akibat perjalanan operasi yang tidak lancar susulan daripada kekurangan bekalan pasir darat di lokaliti tersebut. Seterusnya beliau dibawa pula meninjau ke lokasi yang masih beroperasi yang berskala besar di daerah tersebut, tujuannya adalah untuk  mengetahui dengan lebih lanjut cara pengeluaran pasir dari sungaimenggunakan kaedah pam dan pontun.

Lawatan berakhir dengan, Puan Pengarah dengan diiringi oleh semua kakitangan yang terlibat melawat tapak pelupusan sampah haram di Kampung Kemumbung Sidam Kiri, Kuala Muda Kedah berikutan aduan yang diwarkan-warkan melalui media bagi meninjau kawasan tebing sungai yang dikuatiri terjejas akibat pelupusan sampah. Program lawatan berakhir pada jam 7:00 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *