LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bertempat di Dataran Pahlawan, Alor Setar.
Objektif UKJK diadakan bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan kakitangan berada dalam keadaan baik, memupuk semangat kesukanan di antara kakitangan serta menguji tahap kecergasan dan daya ketahanan otot.
Ujian diadakan dengan larian sejauh 5 kilometer dengan masa yang diberikan selama 50 minit untuk menghabiskan larian.
Tahniah dan syabas kepada barisan urusetia UKJK dan semua kakitangan yang terlibat kerana berjaya menamatkan ujian ini.
You must be logged in to post a comment.