𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di kawasan Kampung Charok Bakong, Daerah Sik yang melibatkan premis menjalankan aktiviti penternakan haiwan. Notis Pemberitahuan Kesalahan telah dikeluarkan kerana premis didapati bersalah, tidak mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pengabstrakan Air) 2015 dan premis dikehendaki untuk membuat permohonan lesen dalam kadar segera.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.

- Published in Aktiviti
𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di kawasan Kampung Durian, Daerah Pendang yang melibatkan premis menjalankan aktiviti ternakan udang kara.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.

- Published in Aktiviti
𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
LSANK telah menyertai Program Liqa Mahabbah Perdana dan Himpunan Solidariti Peringkat Negeri Kedah Sempena Festival Sunnah 7.0 yang bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
LSANK tidak terkecuali menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas dengan bencana di Negeri Kedah. Bantuan disalurkan kepada Kerajaan Negeri Kedah melalui YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah oleh Encik Ahmad Syukri bin Abdullah, Ketua Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar.
Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan mangsa-mangsa bencana yang terkesan. Semoga Negeri Kedah juga terus menjadi negeri dimana tempat orang miskin berteduh, orang kaya menabur bakti.

- Published in Aktiviti
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐀𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢
LSANK telah menghadiri Majlis Perasmian Projek Pembangunan Sumber Air Bersih bertempat di Surau At Taqwa, Kg Bukit Batu, Sik, Kedah yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar.
Projek Pembangunan Sistem Air Bersih yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Tabung Haji ini merupakan usaha kebajikan yang bertujuan menyediakan akses kepada air bersih kepada rakyat yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Projek ini adalah projek ketiga yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kedalaman 120 kaki dan menghasilkan 45,000 liter air bersih dan akan memberi manfaat kepada 550 buah rumah di Kg Bukit Batu, Sik, Kedah.
Semoga dengan wujudnya Projek Pembangunan Sistem Air Bersih ini dapat membantu dan membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat luar bandar yang lebih memerlukan.

- Published in Aktiviti
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
LSANK telah menyertai Program Kem Kesedaran Alam Sekitar (KEKAS) Peringkat Daerah Langkawi Tahun 2024 di Faridzuan Motel, Pulau Tuba, Langkawi pada 9 Oktober 2024 bertemakan Alamku Indah Tanpa Pembakaran Terbuka sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2024.
LSANK mengambil inisiatif dengan mengadakan taklimat dan aktiviti kepada peserta program ini dengan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam semula jadi. Kem ini juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama di antara agensi, sekolah dan komuniti setempat dalam usaha mendidik peserta tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
LSANK melaksanakan fungsi Seksyen 11(2)(i), Enakmen Sumber Air Kedah 2008 iaitu memudahkan aktiviti pembinaan kesedaran dan keupayaan untuk agensi berkaitan dan sektor swasta.

- Published in Berita
𝑷𝑬𝑴𝑨𝑵𝑻𝑨𝑼𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑼𝑨𝑻𝑲𝑼𝑨𝑺𝑨𝑨𝑵
Aktiviti Badan Perairan Bagi Kategori Aktiviti Rekreasi Sukan Air Di Kawasan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan aktiviti badan perairan bagi kategori aktiviti rekreasi sukan air di kawasan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.
Jetski merupakan aktiviti yang perlu berlesen dengan LSANK seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 93(a),(i) dan (j) Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015 yang bertujuan bertujuan untuk mengawal aktiviti rekreasi.
LSANK sentiasa komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti badan perairan untuk mengelakkan terjadinya pencemaran badan perairan dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air.

- Published in Aktiviti
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
pemantauan aktiviti badan perairan bagi kategori aktiviti binaan di Telaga Harbour, Langkawi.
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan aktiviti badan perairan bagi kategori aktiviti binaan di Telaga Harbour, Langkawi.
Aktiviti binaan merangkumi rumah peranginan, resort, jeti dan restoran terapung yang merupakan aktiviti yang perlu berlesen dengan LSANK seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 93(a),(i) dan (j) Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015 yang bertujuan bertujuan untuk mengawal aktiviti rekreasi.
LSANK sentiasa komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti badan perairan untuk mengelakkan terjadinya pencemaran badan perairan dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air.

- Published in Aktiviti
𝐏𝐄𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐎𝐘
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah melaksanakan pemeriksaan dan pemasangan buoy di Pantai Cenang, Langkawi untuk memenuhi kehendak Lesen Aktiviti Badan Perairan yang dijalankan di Pantai Cenang, Langkawi kepada semua pengusaha yang tertakluk kepada aktiviti-aktiviti yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.
Pemasangan buoy adalah bertujuan sebagai penanda arah untuk memisahkan kawasan aktiviti orang ramai berenang di pantai dan kenderaan bermotor seperti jetski, bot parasailing dan lain-lain. Selain itu, buoy juga dapat memastikan aktiviti badan perairan di pantai lebih tersusun sekaligus mengurangkan kemungkinan insiden yang boleh membahayakan nyawa atau menyebabkan kerosakan pada kenderaan air.
Melalui inisiatif ini, LSANK dapat menyediakan kawasan persekitaran yang sesuai dan selamat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi sukan air seperti mana yang tertakluk di dalam Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.



- Published in Aktiviti
𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di Sidam Kanan, Kulim yang melibatkan premis menjalankan aktiviti perlombongan kuari.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, tiada serahan notis dan keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.

- Published in Aktiviti
- 1
- 2