𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐥 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐫𝐫𝐚𝐦 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟑
Assalamualaikum WBT. Salam Sejahtera.
Semoga dengan tahun baharu ini dapat kita memperbaiki diri, beristiqamah dan meningkatkan keimanan serta ketakwaan kepada Allah SWT.

- Published in Arkib
LAWATAN DELEGASI YANG BERHORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP KERJA RAYA, BEKALAN AIR, SUMBER AIR DAN TENAGA, PENGAIRAN & SALIRAN KE EMPANGAN BUKIT MALUT DAN BUNDED STORAGE PADANG SAGA, PULAU LANGKAWI
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja pada 14 Mac 2022 yang bertujuan untuk meninjau perancangan pembangunan sumber air tambahan di Negeri Kedah. Lawatan ini diketuai oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Pengairan & Saliran dan disertai oleh Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Institut Penyelidikan HIdraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Langkawi.








- Published in Aktiviti
SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa atas pelantikan sebagai Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Selamat berkhidmat.

- Published in Aktiviti
TERIMA KASIH
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK. atas segala komitmen yang telah diberikan sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Tahniah atas pelantikan sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Sungai Petani.

- Published in Aktiviti
TOTAL WELLNESS & TEAM BUILDING EXECUTIVES PROGRAMME LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH
Dengan kolaborasi bersama WELL4U, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah berjaya melengkapkan “Total Wellness & Team Building Executives Programme” yang berlangsung selama 4 hari 3 malam di Resort World Langkawi.
Objektif :
1) Mencapai keseimbangan dari segi fizikal, mental, dan rohani.
2) Mengukur tahap kesihatan setiap kakitangan dengan membuat analysis menggunakan Bioimpendance Analysis (BIA).
3) Membina tahap keyakinan diri kakitangan.
4) Menggalakan semangat berpasukan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan.
5) Meningkatkan tahap stamina kakitangan.
6) Mengurangkan stress.
7) Memastikan kakitangan menjaga kesihatan dan memantau pemakanan harian bagi mengurangkan risiko penyakit.


















- Published in Aktiviti
AGIHAN LEBIHAN HASIL LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH KE AKAUN KUMPULAN WANG NEGERI DISATUKAN
5 Januari 2022 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.
Sesi penyampaian agihan lebihan hasil Lembaga Sumber Air Negeri Kedah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman selaku Pengerusi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah bersempena Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2022. Perkara ini telah diperuntukkan melalui Seksyen 18A, Enakmen Sumber Air Kedah 2008 iaitu walau apapun seksyen 17 dan 18, wang yang disebut dalam seksyen-seksyen itu melebihi keperluan kewangan Lembaga untuk melaksanakan fungsinya di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Negeri Disatukan.



BENGKEL KAJIAN PEMODELAN HIDROLOGI HUTAN SIMPAN KEKAL ULU MUDA
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah bekerjasama dengan WWF Malaysia menganjurkan Bengkel Kajian Pemodelan Hidrologi Hutan Simpan Kekal Ulu Muda pada 25 Oktober 2021. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga Dan Pengairan & Saliran secara maya (virtual) yang telah disertai seramai 88 orang daripada pelbagai agensi kerajaan bagi mendapatkan maklum balas semua pemegang taruh di Negeri Kedah.






- Published in Aktiviti
OPERASI PENGUATKUASAAN
Satu operasi penguatkuasaan di kawasan laut dan darat Daerah Langkawi telah berjaya diadakan pada 18 Oktober 2021 yang melibatkan kerjasama daripada pelbagai agensi iaitu Majlis Perbandaran Langkawi, PDRM, Polis Marin, APMM, APM, Jabatan Imigresen Langkawi, AADK dan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi.
Penguatkuasaan ini dijalankan bagi memastikan ke semua operator mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan terutamanya melibatkan keselamatan dan waktu operasi yang dibenarkan.







- Published in Aktiviti
PROGRAM MENYUSURI SUNGAI RAJA SUB BASIN SUNGAI KEDAH BERSAMA FRIEND OF RIVER MALAYSIA
Program ini telah diadakan pada 29 September 2021 yang diketuai oleh Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali selaku Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Program ini bertujuan sebagai lawatan pemantauan awalan untuk Program Friend of River Malaysia yang akan dilaksanakan nanti bagi memelihara dan memulihara kawasan sungai yang berdekatan.








- Published in Aktiviti
TAKLIMAT PROJEK PEMBANGUNAN SUMBER AIR NEGERI KEDAH DARUL AMAN DI BAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12 ROLLING PLAN 2
4 Mac 2021, Khamis
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah yang diwakili oleh Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali membentangkan Cadangan Pembangunan Sumber Air di Negeri Kedah kepada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air di hadapan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah. Cadangan ini dibuat bagi memenuhi hasrat kerajaan untuk memperkasakan pembangunan sumber air di Negeri Kedah.




- Published in Aktiviti