LSANK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah mengadakan Sesi Pembelajaran: Kaedah Pemasangan dan Pengendalian Ultrasonic Flowmeter yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan kemahiran dalam pemasangan serta penyelenggaraan alat pengukur aliran air terkini iaitu Ultrasonic Flowmeter.
Antara pengisian utama sesi pembelajaran ini adalah Pengenalan kepada Ultrasonic Flowmeter, Kaedah Pemasangan, Pengendalian dan Penyelenggaraan oleh wakil daripada BPO Distributions Sdn. Bhd., En. Abdul Rauf bin Nordin dan En. Mohd Shukri bin Daud.
Sesi pembelajaran ini merupakan usaha untuk memperkasakan kecekapan teknikal kakitangan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber air di Negeri Kedah.



- Published in Aktiviti
πππππππππ ππππ ππππππ
LSANK telah membuat pembelian sebuah aset baharu iaitu bot bagi memudahkan pemantauan dan penguatkuasaan di Langkawi.
Semoga dengan pembelian aset baharu ini dapat meningkatkan keupayaan pengawasan aktiviti badan perairan dan mengawal aktiviti rekreasi yang dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kelestarian sumber air di Langkawi dapat dipelihara dengan lebih berkesan.
Turut hadir sama, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa, Pengarah bagi menguji tahap kelasakan bot yang dibeli.




- Published in Aktiviti
πππππππ πππππ ππππππ ππππ
2025 telah tiba, membawa bersama sinar harapan dan peluang untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tahun baharu bukan sekadar angka, ia adalah peluang untuk melakar cerita baharu, memperbaharui azam dan mengejar impian yang tertangguh.
Jom kita jadikan tahun 2025 untuk berubah, bermula semula dan melangkah dengan penuh kebaikan.
Semoga tahun ini lebih indah, lebih bermakna dan membawa kebaikan buat semua. Biar langkah kita sentiasa menuju kejayaan di dunia dan kebahagiaan abadi di akhirat.
Azam baru, impian baharu dan harapan baharu. Selamat melangkah ke 2025 dengan hati yang penuh tawakal! Semoga segala yang diimpikan tercapai dengan izin-Nya.
Ikhlas dari Tuan Pengarah & Warga Kerja LSANK

- Published in Aktiviti
πππππππ ππππππ πππππ πππππ
Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan Rejab, salah satu bulan haram yang penuh kemuliaan.
Rejab adalah masa untuk kita memperbanyakkan Ibadah, memperbaiki diri dan mempersiapkan hati untuk meyambut Ramadan yang bakal tiba.
βIstigfar dan Doa
βSolat sunat
βSedekah
βMembaca Al-Quran
Semoga bulan Rejab dan tahun 2025 membawa keberkatan dan mendekatkan kita kepada Allah SWT.
Ikhlas dari Tuan Pengarah & Warga Kerja LSANK

- Published in Aktiviti
πππππππ πππππππππ ππππ πππππππ
Semoga perayaan ini disambut dengan kegembiraan dan keceriaan oleh penganut beragama kristian dan jadikan amalan ziarah menziarahi sebagai budaya bermasyarakat.
Manfaatkan cuti perayaan ini sebaik-baiknya untuk bergembira bersama keluarga tersayang. Have a wonderful celebration and stay safe!
Pengarah & Warga Kerja
Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

- Published in Aktiviti
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bertempat di Dataran Pahlawan, Alor Setar.
Objektif UKJK diadakan bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan kakitangan berada dalam keadaan baik, memupuk semangat kesukanan di antara kakitangan serta menguji tahap kecergasan dan daya ketahanan otot.
Ujian diadakan dengan larian sejauh 5 kilometer dengan masa yang diberikan selama 50 minit untuk menghabiskan larian.
Tahniah dan syabas kepada barisan urusetia UKJK dan semua kakitangan yang terlibat kerana berjaya menamatkan ujian ini.

- Published in Aktiviti
PERTANDINGAN BOLING ANJURAN KELAB SUKAN & KEBAJIKAN LSANK
LSANK melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menganjurkan Pertandingan Boling di Aman Bowl, Aman Central, Alor Setar, Kedah.
6 kumpulan telah dibentuk yang merangkumi kakitangan untuk menyertai pertandingan ini.
Hadir sama untuk memeriahkan pertandingan ini, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah LSANK dan Penaung KSK LSANK.
Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan aktiviti riadah, menanam sikap kerjasama dan semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan.
Semoga aktiviti riadah seumpama ini diteruskan untuk memperkukuhkan suasana harmoni dalam jabatan.






- Published in Aktiviti
MESYUARAT AGENSI PENGURUSAN SUMBER AIR
SANK menghadiri Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri Malaysia Bilangan 2 Tahun 2024 yang diadakan di Sarawak dimana lokasi ini dipilih sebagai hos untuk mesyuarat tahun ini.
Mesyuarat ini telah melibatkan 16 agensi pengurusan sumber air di Malaysia termasuk Bahagian Perkhidmatan Air Dan Pembentungan, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Bahagian Bekalan Air Putrajaya dan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Tujuan mesyuarat diadakan untuk sesi perkongsian pendapat dan membincangkan hal-hal pengurusan sumber air di antara negeri bersempadan tentang isu sumber air.


- Published in Aktiviti
ππππππππππ ππππππππππππππ
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan ke atas aduan yang diterima berkenaan pencemaran bau dan perubahan warna air di Kulim.
LSANK menghargai terhadap sebarang aduan yang diterima dan bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya melanggar Enakmen Sumber Air Kedah 2008.


- Published in Aktiviti
PROGRAM JALINAN UKHWAH
LSANK melalui Bahagian Komunikasi dan Korporat mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program Jalinan Ukhuwah bagi membantu memberikan bantuan dan sokongan kepada kakitangan yang terkesan oleh bencana banjir yang mungkin mengakibatkan kerosakan harta benda, kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial atau kesulitan dalam memenuhi keperluan harian. Program ini juga memupuk rasa prihatin dan memberikan khidmat bakti masyarakat khususnya kepada kakitangan.
Semoga dengan usaha murni ini dapat meringankan beban kepada kakitangan yang terkesan



- Published in Aktiviti