BANJIR SELUT : KOLAM AIR PANAS TERJEJAS

/ / Arkib, Berita

BALING – Sebuah kolam air panas di Kampung Seniyek dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu diancam kemusnahan gara-gara banjir selut dan pasir dari sebuah projek pertanian di Gunung Inas.Penduduk mendakwa kolam dalam kawasan kebun getah itu adalah yang kedua di Baling selepas kolam air panas di pusat rekreasi Ulu Legong.Wakil penduduk, Mohd Sidek Saad, 61, berkata, telaga berusia lebih 80 tahun itu merupakan sumber minuman alternatif kepada lebih 200 penduduk kampung berkenaan.Menurutnya, kolam itu mempunyai kedalaman kira-kira dua meter dan tidak pernah surut walaupun musim kemarau. Mohd Sidek (kanan) menunjukkan tebing yang semakin terhakis dan menghampiri kawasan penduduk.”Setiap kali hujan lebat, pasir dari projek itu mengalir bersama air selut ke kampung kami. Arusnya sangat laju dan kuat.

“Kolam ini pernah tertimbus pasir daripada projek tersebut pada tahun ini, tetapi telah dicuci semula orang kampung,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Seniyek hari ini.Mohd Sidek berkata, kolam itu berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan, namun hanya sia-sia jika tiada peranan daripada pihak kerajaan.”Orang luar masih ramai tidak tahu kewujudan kolam ini. Jika kerajaan mahu bangunkan kawasan ini sebagai pusat pelancongan, kami sangat mengalu-alukannya.”Kolam ini dipelihara penduduk sejak turun-temurun. Nenek moyang dahulu bina telaga bagi memastikan kolam ini dapat digunakan untuk generasi seterusnya,” katanya.Mohd Sidek menunjukkan salah satu mata air yang terdapat di kawasan berkenaan.Tambahnya lagi, di kampung berkenaan juga terdapat sekurang-kurangnya lima mata air berhampiran kolam itu.”Lima mata air ini tidak dibina kolam takungan, ada yang telah tertimbus pasir projek tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Sidek berkata, pihak berkenaan juga bertindak mengorek parit berhampiran kawasan rumah penduduk bagi tujuan mengatasi masalah banjir selut dan pasir.Bagaimanapun katanya, berlaku kesan lebih buruk apabila paras parit semakin cetek, manakala tebing terhakis kerana tiada batu raga dipasang di setiap selekoh parit.”Pihak berkaitan mengorek parit di kampung ini, tetapi pasir-pasir ditambun di tebing. Bila hujan, pasir itu menimbus semula parit dan diburukkan lagi dengan aliran pasir serta selut dari bukit.Kelihatan parit yang ditimbus pasir dan semakin melebar.”Tebing parit terus terhakis bila hujan lebat dan jaraknya sudah dekat dengan kediaman penduduk, kebun getah dan kawasan penternakan.

Dulu parit ini kecil saja, sekarang dah makin besar.”Kami harap pihak berkenaan dapat pasang batu raga secepat mungkin sebab jika dibiar, akan memberi kesan lebih buruk,” katanya.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bayu, Abd Nasir Idris berkata, kolam itu disifatkan khazanah terbaru bagi daerah Baling.Tegasnya, pihak yang mengurus pertanian perlu prihatin dengan masalah dihadapi penduduk dengan memastikan kolam air panas itu tidak terjejas.”Pihak syarikat perlu menguruskan saliran dengan sempurna agar tidak mengalir ke kawasan penduduk dan kolam.”Saya juga berharap penduduk dapat memulihara kolam itu dengan mengekalkan keasliannya,” katanya.Abd Nasir berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan tuan tanah, Majlis Daerah Baling dan pihak berkaitan dalam menaiktaraf kawasan berkenaan sebagai pusat pelancongan terbaru.

sumber :https://www.sinarharian.com.my/article/44991/EDISI/Utara/Banjir-selut-Kolam-air-panas-terjejas

You must be logged in to post a comment.