PENGABSTRAKAN AIR

PENGENALAN

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah merupakan badan berkanun Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia penggunaan dan pembangunan sumber air di seluruh Negeri ini sebagaimana diperuntukkan di dalam Enakmen Sumber Air Kedah 2008.

Salah satu bentuk kawal selia utama yang dijalankan oleh Lembaga ialah melalui pelesenan aktiviti pengabstrakan air, sama ada dari sumber air permukaan mahupun air tanah. Aktiviti ini melibatkan perbuatan mengambil, mengalihkan atau melencongkan air dari sesuatu badan perairan dengan menggunakan sebarang kaedah seperti pam, paip, terusan, saliran, perigi, bor atau sebarang struktur lain.

Selaras dengan Seksyen 24, mana-mana orang yang ingin menjalankan aktiviti pengabstrakan air diwajibkan untuk memohon dan mendapatkan lesen daripada Pengarah Sumber Air sebelum sebarang pengabstrakan air boleh dilakukan secara sah.

 Bagi aktiviti yang melibatkan pengabstrakan air tanah atau penggerudian perigi, kehendak pelesenan turut dinyatakan secara jelas di bawah Seksyen 26, di mana tiada seorang pun dibenarkan untuk mengabstrak atau menggunakan air tanah atau menggerudi atau membesarkan mana-mana perigi sedia ada melainkan melalui lesen yang sah.

 Pengecualian daripada pelesenan hanya tertakluk kepada keadaan tertentu yang dinyatakan dalam Seksyen 27, seperti penggunaan air untuk keperluan sara hidup dalam kuantiti yang sangat kecil (tidak melebihi 10 meter padu pada satu masa atau untuk kegunaan tidak lebih 20 orang), tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan tiada ancaman kepada sumber air.

 Kegagalan mematuhi kehendak pelesenan ini adalah merupakan satu kesalahan di bawah Bahagian XIII – Kesalahan dan Penalti Enakmen ini dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Lembaga.

MOHON SECARA ATAS TALIAN

PUNCA KUASA

  • Seksyen 24 Enakmen Sumber Air Kedah 2008
  • Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Pengabstrakan Air) 2015

FI DAN CAJ

Garis Panduan & Senarai Semak

Borang Permohonan

Borang Tuntutan Pemulangan Wang Sekuriti

Mohon Secara Lesen Dalam Talian

https://www.lsank2u.gov.my/login

TOP