Punca Kuasa

Kuasa Lembaga Sumber Air

Kuasa-kuasa lembaga adalah seperti berikut :-

Meluluskan rancangan lembangan sungai yang disediakan oleh Pengarah Sumber Air untuk dikemukakan bagi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

Menasihati dan membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam merumuskan dan mengkaji semula perundangan, arahan dan tatacara dengan tujuan menggalakkan atau memudahkan pelaksanaan pengurusan sumber air bersepadu.

Meluluskan projek pembangunan yang berkaitan pengurusan sumber air bersepadu untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Persekutuan yang berkenaan dengan tujuan untuk memperoleh bantuan kewangan dan teknikal yang dikehendaki.

Membahagi negeri kepada daerah lembangan sungai, menetapkan dan menentukan sempadan mereka bagi pengurusan yang wajar oleh Jawatankuasa Lembangan Sungai.

Meluluskan dan mengeluarkan garis panduan, piawaian perlaksanaan, kaedah-kaedah dan tatacara mengenai pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air.

Mengeluarkan kepada agensi berkaitan dan mana-mana orang lain, apa-apa arahan yang difikirkan perlu.

Melakukan semua perkara yang perlu untuk atau bersampingan dengan penunaian fungsinya.

TOP