LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar telah menyertai Majlis Persidangan WLA 2024 dengan tema “Perspektif Asia Tentang Pengurusan Kehilangan Air dan Pengurangan Karbon” yang memfokuskan pengurusan air dan pengurangan karbon, menyerlahkan bagaimana penggunaan air yang cekap dan infrastruktur yang dipertingkatkan boleh membawa kepada penjimatan tenaga yang ketara dan jejak karbon yang lebih rendah.
WLA 2024 ini telah berjaya disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga & Transformasi Air (PETRA). Persidangan ini juga menghimpunkan pakar, penggubal dasar dan pemimpin industri untuk menangani cabaran kritikal kehilangan air dan pelepasan karbon di Asia.
WLA 2024 telah membuka peluang bagi semua pihak berkepentingan dalam sektor pengurusan air untuk berkumpul, bertukar idea dan mencari penyelesaian berkesan terhadap cabaran kehilangan air dan perubahan iklim.
You must be logged in to post a comment.