SOALAN LAZIM

LSANK merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri yang menguruskan sumber air seperti mana-mana sungai, lembangan sungai, tasik, perairan pantai, air bumi atau badan air di Negeri Kedah manakala SADA yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah (JBA) merupakan syarikat yang  telah dikorporatkan sebagai anak syarikat Negeri Kedah untuk menguruskan pembekalan air terawat kepada pengguna di sekitar Negeri Kedah.

Enakmen Sumber Air Kedah 2008, Seksyen 24 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Pengabstrakan Air) 2015.

Enakmen Sumber Air Kedah 2008 diwartakan pada 27 Mac 2008 dan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2010 yang memperuntukkan mengenai pengurusan bersepadu mengenai penggunaan, pembangunan dan perlindungan sumber air.

Sumber air termasuklah mana-mana sungai, lembangan sungai, air bumi atau badan air.

Mana-mana orang yang mengabstrak air perlu memohon dan memiliki kelulusan atau lesen selain dari maksud pengairan dan penggunaan sara hidup.

Pengabstrakan air oleh mana-mana orang untuk tujuan keperluan asas.

Tidak perlu, dikecualikan disebabkan termasuk di dalam aktiviti penggunaan sara hidup. Walaubagaimanapun, bagi penggunaan sara hidup dikehendaki untuk membuat pendaftaran bagi tujuan simpanan data.

Tertakluk kepada Seksyen 27 Enakmen Sumber Air Kedah 2008 di dalam dua perenggan iaitu :-

Seksyen 27(1)(a) : Amaun yang diabstrak pada bila-bila masa tidak melebihi sepuluh meter padu atau lebih daripada dua puluh orang.

Seksyen 27(1)(b) : Dalam hal air tanah, amaun yang diabstrak dalam mana-mana hari tidak melebihi dua ribu lima ratus liter dan pengabstrakan tidak mengkehendaki sebuah perigi untuk digerudi.

Perlu, memandangkan bekalan air tersebut merupakan suatu tanggungjawab majikan untuk membekalkan air bersih walaupun tidak dicaj secara langsung atas pekerja.

Anda perlu mengemukakan borang permohonan yang diisi dengan lengkap mengikut jenis sumber air yang hendak digunakan kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Borang Permohonan Lesen Pengabstrakan Air boleh diperolehi di pejabat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman atau dimuat turun dari laman web www.lsank.gov.my

Boleh. Sila pastikan borang permohonan lengkap dan jelas, dan disertakan dengan lampiran-lampiran yang dikehendaki bagi mengelakkan permohonan anda dikembalikan atau tidak dapat diproses untuk kelulusan.

BIL.CAJ PENGGUNAAN JUMLAH (RM)
1.Utiliti Awam0.03/m³
2.Domestik0.03/m³
3.Komersial Umum0.05/m³
4.Komersial Bahan BatuanRM1,000.00/sebulan
5.Penjanaan ElektrikRM50,000.00/megawatt

 

BIL.FI JUMLAH (RM)
1.Fi pemprosesanRM150.00/satu permohonan
2.Fi LesenRM500.00/setahun
3.SekuritiRM5,000.00

Ya. Untuk pemprosesan permohonan, anda dikehendaki membayar fi pemprosesan berjumlah RM150.00. Manakala setelah permohonan diluluskan, fi lesen yang ditetapkan dikehendaki untuk dibayar bagi tujuan pengeluaran lesen.

Fi pemprosesan yang dikenakan bagi permohonan Lesen Pengabstrakan Air adalah sebanyak RM150.

RM 500.00 untuk setahun, kecuali ditetapkan selainnya.

Anda dikehendaki memasang meter untuk bacaan penggunaan yang sebenar dan tepat.

Ya. Lesen anda boleh ditarik balik atau dibatalkan sekiranya anda didapati melakukan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen, mengemukakan maklumat palsu, atau melanggar apa-apa syarat yang ditetapkan. Lesen juga boleh ditarik balik melalui perisytiharan darurat oleh Pihak Berkuasa Negeri atas sebab-sebab tertentu.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas tuan/puan jika GAGAL mengemukakan permohonan dalam tempoh yang dinyatakan. KOMPAUN tidak melebihi RM150,000.00 boleh disabitkan dan DENDA sebanyak RM300,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh sehingga tiga (3) tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan ke atas tuan/puan jika gagal memohon lessen sebelum tempoh tersebut.

Enakmen Sumber Air Kedah 2008, Seksyen 93 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015.

Mana-mana orang/pengusaha yang menjalankan aktiviti dibawah kategori yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015 seperti :-

  • Operator rekreasi sukan air
  • Jabatan-jabatan / agensi kerajaan
  • Pengusaha-pengusaha penternakan & akuakultur
  • Pengusaha chalet/hotel terapung
  • Pengusaha restoran terapung
  • Rekreasi Sukan Air (jetski,banana boat, parasailing, kayak, kanu, scuba diving, paddle boat, catamaran, dan lain-lain).
  • Vesel Rekreasi (mangrove tour, island hopping, sunset cruise, dan lain-lain)
  • Vesel Pembinaan (pontun, barj dan vesel).
  • Aktiviti Sangkar (sangkar ikan, sangkar udang kara, dan lain-lain).
  • Aktiviti Binaan (challet, hotel, restoran terapung, jeti persendirian, pecahan ombak).

Fi pemprosessan yang dikenakan bagi setiap permohonan Aktiviti Badan Perairan adalah sebanyak RM 150.00 sahaja.

Tidak . Lesen Aktiviti Badan Perairan tidak dihadkan untuk tempoh setahun sahaja, ia bergantung kepada pemohon yang membuat permohonan tempoh jangka hayat lesen tersebut.

Had minima untuk Lesen Aktiviti Badan Perairan adalah setahun.

 FiJumlah (RM)
1.Fi pemprosessan150.00
2.Fi lesen : 
 (a)  Aktiviti rekreasi sukan air500.00/tahun
 (b)  Aktiviti vesel rekreasi
 (c)   Aktiviti vesel pembinaan
 (d)  Aktiviti sangkar
 (e)  Aktiviti binaan

 

 CajJumlah (RM)
1.Aktiviti rekreasi sukan air10/unit
2.Aktiviti vesel rekreasi10/unit
3.Aktiviti vesel pembinaan : 
 (a)  Pontun500.00/unit
 (b)  Vesel mengikut kelas : 
 ·         Kelas I   : 0 – 500 ton500.00
 ·         Kelas II  : 501 – 1000 ton1000.00
 ·         Kelas III : 1001 – 2000 ton2000.00
 ·         Kelas IV  : 2001 – 3000 ton3000.00
 ·         Kelas V   : 3001 – 4000 ton4000.00
 ·         Kelas VI  : 4001 – 5000 ton5000.00
 ·         Kelas VII  : 5001 ton seterusnya6000.00
4.Aktiviti sangkar0 – 200m² = 200.00

 

Untuk 1m² seterusnya = 2.00

  
5.Aktiviti binaan (a) sebarang jenis binaan0 – 200m² = 200.00

 

Untuk 1m² seterusnya = 2.00

  
 (c)   Tambatan vesel100.00/unit

 

 

 KategoriJumlah Sekuriti (RM)
1.Aktiviti sukan air5000.00
2.Aktiviti vesel rekreasi5000.00
3.Aktiviti pembinaan : 
 (a)  Pontun5000.00
 (b)  Vesel20000.00
4.Aktiviti sangkar5000.00
5.Aktiviti binaan10000.00

 

Terdapat 9 aktiviti di bawah Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pelepasan Efluen) 2017 iaitu :

 AktivitiHad Keluasan/ Bilangan/Jenis
1.Akuakultur air tawar dalam kolam atau sangkar1-10 hektar

10-20 hektar

2.Akuakultur air laut dalam kolam1-5 hektar

5-10 hektar

3.Pembangunan atau kerja tanah1-10 hektar

10-20 hektar

4.Penternakan selain babi-Ternakan berkaki 2 (lebih

daripada 10,000 ekor).

-Ternakan berkaki 4 (lebihdaripada 50 ekor)

5.Penternakan babiSemua ladang tanpa mengira bilangan
6.Haiwan kesayanganAnjing atau kucing lebih

daripada 20 ekor

7.Aktiviti berkaitan perlombongan (kuari)-Sebarang jenis pencucian pasir, tanah dan lain- lain tanpa mengira kuantiti.

 

-Perlombongan atau kuari kurang daripada 20 hektar.

8.Aktiviti premis kedai (bengkel kenderaan)Kenderaan Vesel
9.Aktiviti pertanian1-10 hektar

10-20 hektar

     

 

Setiap aktiviti ini adalah tertakluk di bawah Peraturan ini dan hendaklah mendapatkan Lesen Aktiviti Pelepasan Efluen daripada LSANK.

 

FI PROSESRM 150.00
FI LESEN RM 500.00
SEKURITI
 AktivitiHad Keluasan/ Bilangan/JenisJumlah (RM)
1.Akuakultur air tawar dalam kolam atau sangkar1-10 hektar

10-20 hektar

5,000.00

10,000.00

2.Akuakultur air laut dalam kolam1-5 hektar

5-10 hektar

5,000.00

10,000.00

3.Pembangunan atau kerja tanah1-10 hektar

10-20 hektar

10,000.00

20,000.00

4.Penternakan selain babi-Ternakan berkaki 2 (lebih daripada 10,000 ekor).

-Ternakan berkaki 4 (lebihdaripada 50 ekor)

10,000.00
5.Penternakan babiSemua ladang tanpa mengira bilangan10,000.00
6.Haiwan kesayanganAnjing atau kucing lebihdaripada 20 ekor3,000.00
7.Aktiviti berkaitan perlombongan (kuari)-Sebarang jenis pencucian pasir, tanah dan lain- lain tanpa mengira kuantiti.

 

-Perlombongan atau kuari kurang daripada 20 hektar.

20,000.00
8.Aktiviti premis kedai (bengkel kenderaan)Kenderaan Vesel3,000.00

 

3,000.00

9.Aktiviti pertanian1-10 hektar

10-20 hektar

5,000.00

10,000.00

 

 

 

Caj akan dikenakan sekiranya berlaku pelanggaran had piawaian parameter pencemar seperti jadual berikut :

 

 

Bil.

 

 

Aktiviti Pelepasan Efluen

 

 

Parameter

 

 

Had Piawaian Dibenarkan

1.Akuakultur air tawar dalam kolam atau sangkarAN5 mg/l
BOD550 mg/l
TSS100 mg/l
TN10 mg/l
TP1 mg/l
2.Akuakultur air laut dalam kolamAN5 mg/l
BOD550 mg/l
TSS100 mg/l
TN10 mg/l
TP1 mg/l
3.Pembangunan atau kerja

Tanah

TSS100 mg/l
Minyak & Gris10 mg/l
4.Penternakan babiAN200 mg/l
BOD550 mg/l
COD500 mg/l
TSS100 mg/l
5.Penternakan selain babiAN200 mg/l
BOD5200 mg/l
COD500 mg/l
TSS500 mg/l
 

 

6.

Haiwan kesayanganAN300 mg/l
BOD550 mg/l
COD500 mg/l
TSS250 mg/l
7.Aktiviti kuariTSS50 mg/l
Minyak & Gris1 mg/l
8.Bengkel kenderaanMinyak & Gris1 mg/l
9.Aktiviti pertanianTSS50 mg/l
AN300 mg/l
TN10 mg/l
TP1 mg/l
Minyak & Gris1 mg/l

 

No.ParameterCaj bagi setiap kilogram efluen yang dilepaskan

 

(RM)

1.Keperluan Oksigen Biokimia0.06
2.Keperluan Oksigen Kimia0.08
3.Jumlah Pepejal Terampai0.04
4.Minyak dan Gris0.22
5.Jumlah Nitrat0.04
6.Jumlah Fosforus0.04
7.Ammoniakal Nitrogen0.05

Seksyen 77 memperuntukan mana-mana orang yang melakukan kesalahan berhubung dengan lesen jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 300,00.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Ribu) atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun. Sekiranya kesalahan ini dilakukan secara berterusan, denda selanjutnya yang tidak melebihi RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sehari akan dikenakan bagi tiap-tiap satu hari kesalahan itu berterusan di bawah Seksyen 89.

Jika apa-apa pencemaran sumber air yang tidak wajar berlaku, pemegang lesen atau orang atau pemunya yang bertanggungjawab bagi aktiviti itu hendaklah memaklumkan kepada Pengarah dan mengemukakan notis bertulis dalam tempoh dua puluh empat jam dan hendaklah dengan segera mengambil langkah yang munasabah yang perlu untuk memulihkan dan mengurangkan kesan yang buruk itu ke atas sumber air itu dan persekitarannya.

Sekuriti akan dikembalikan kepada pemegang lesen dalam tempoh enam bulan selepas aktiviti yang dilesen itu berhenti beroperasi atau lesen tamat, tertakluk kepada pematuhan terma dan syarat lesen.

Pemegang lesen hendaklah atas kosnya sendiri menjalankan ujian pemantauan kualiti air pada setiap bulan atau suatu lat tempoh yang ditentukan oleh Pengarah.Ujian pemantauan kualiti air hendaklah diselia oleh seorang ahli kimia yang dilantik oleh pemegang lesen dan laporan ujian pemantauan kualiti air hendaklah disahkan oleh makmal yang diakredit oleh Jabatan Standard Malaysia. Laporan itu hendaklah dikemukakan kepada Pengarah bersama-sama Borang D sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketujuh.

Notis Pemberitahuan Kesalahan dikeluarkan dan ditandatangani oleh Pembantu Penguatkuasa Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ke atas Orang Kena Notis yang didapati menjalankan apa-apa aktiviti tertakluk di bawah Enakmen Sumber Air Kedah 2008.

Orang Kena Notis ialah mana-mana orang yang menerima Notis Pemberitahuan Kesalahan apabila didapati menjalankan apa-apa aktiviti tertakluk di bawah Enakmen Sumber Air Kedah.

Orang Kena Notis diberikan tempoh selama empat belas (14) hari bekerja bermula tarikh Notis Pemberitahuan Kesalahan dikeluarkan bagi melengkapkan permohonan lesen daripada Pengarah Sumber Air.

Satu Kertas Siasatan akan dibuka oleh Pegawai Penyiasat daripada Unit Undang-Undang dan Penguatkuasaan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ke atas Orang Kena Notis bagi tujuan Pengkompaunan Kesalahan.

Boleh. Di bawah Seksyen 67 Enakmen Sumber Air Kedah 2008, mana-mana Pegawai Lembaga Sumber Air Negeri Kedah yang diberikan kuasa secara bertulis oleh Pengarah Sumber Air boleh memasuki premis bagi tujuan pemeriksaan.

Arahan Menghentikan Aktiviti di bawah seksyen 70 adalah satu bentuk arahan bertulis daripada Pengarah Sumber Air terhadap Orang Kena Arah untuk menghentikan operasi, menjalankan tindakan baikpulih terhadap pencemaran/kerosakan yang ditemui dan apa-apa jenis arahan lain yang difikirkan patut oleh Pengarah Sumber Air.

Orang Kena Arah ialah ialah mana-mana orang yang menerima Notis Arahan Menghentikan Aktiviti di bawah seksyen 70 apabila dikehendaki untuk menghentikan operasi, menjalankan tindakan baikpulih terhadap pencemaran/kerosakan yang ditemui dan apa-apa jenis arahan lain yang difikirkan patut oleh Pengarah Sumber Air.

Satu Kertas Siasatan akan dibuka oleh Pegawai Penyiasat daripada Unit Undang-Undang dan Penguatkuasaan Lembaga Sumber Air Kedah ke atas Orang Kena Arah bagi tujuan Pengkompaunan Kesalahan.

Premis tersebut perlu membuat permohonan secara bertulis bagi mendapatkan pertimbangan daripada Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Bayaran boleh dijelaskan melalui beberapa kaedah. Sila rujuk kaedah pembayaran di dalam www.lsank.gov.my.

TOP