Untuk meluluskan rancangan lembangan sungai yang disediakan oleh Pengarah Sumber Air untuk dikemukakan bagi kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
Untuk menasihati dan membantu Pihak Berkuasa Negeri dalam merumuskan atau mengkaji semula perundangan, arahan dan tatacara dengan tujuan untuk menggalakkan atau memudahkan pelaksanaan pengurusan sumber air bersepadu
Untuk meluluskan projek pembangunan yang berkaitan pengurusan sumber air bersepadu untuk dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Persekutuan yang berkenaan dengan tujuan untuk memperoleh bantuan kewangan dan teknikal yang dikehendaki
Untuk membahagi negeri kepada daerah lembangan sungai, menetapkan dan menentukan sempadan mereka bagi pengurusan yang wajar oleh Jawatankuasa Lembangan Sungai
Untuk meluluskan dan mengeluarkan garis panduan, piawaian pelaksanaan, kaedah-kaedah dan tatacara mengenai pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air
Untuk mengeluarkan kepada agensi berkaitan dan mana-mana orang lain, apa-apa arahan yang difikirkannya perlu
Untuk melakukan semua perkara yang perlu untuk atau bersampingan dengan penunaian fungsinya