Menyelaras hal ehwal komunikasi korporat bagi membolehkan komunikasi dalaman dan luaran Lembaga dilaksanakan dengan strategik dan berkesan.
Menyelaras hal ehwal maklumat am Lembaga bagi membolehkan maklumat disebarkan dan disampaikan dengan berkesan.
Mengurus perkhidmatan pelanggan bagi memenuhi kehendak pelanggan terhadap mutu penyampaian perkhidmatan Lembaga.
Menyelaras pelaksanaan sistem pengurusan kualiti bagi memastikan perkhidmatan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah disampaikan dengan tepat dan berkesan seperti yang ditetapkan.
Menyediakan dan menyiarkan secara tahunan satu laporan berkaitan persekitaran air serta aktiviti yang dijalankan di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Menyediakan bahan promosi dan pameran.
Mengenalpasti inisiatif-inisiatif Lembaga Sumber Air Negeri Kedah untuk dipromosikan.
Menyelaras program atau aktiviti di bawah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.