Assalamualaikum WarahmatullAssalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Kedah Sejahtera
Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian meluangkan masa melayari laman web Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Laman web ini disediakan sebagai salah satu platform yang membolehkan informasi disalurkan dengan pantas dan mudah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat pada masa kini.
Harapan saya agar laman web ini dapat memberi kemudahan kepada pelawat untuk mendapatkan informasi tentang perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti jabatan. Lembaga Sumber Air Negeri Kedah mengalu-alukan maklumbalas dan pandangan yang membina bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan supaya mencapai kualiti ditetapkan dan kesejahteraan masyarakat dapat dipelihara melalui kelestarian sumber air mentah yang berkekalan.
Sekian.
Wabillah hiaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Syed Amaluddin Hafeez Bin Syed Musa, BCK.
Pengarah
Lembaga Sumber Air Negeri
Kedah Darul Aman