PELEPASAN EFLUEN

PENGENALAN

“Pelepasan” ertinya mengeluarkan, meletakkan atau menyebabkan lepasan atau membenarkan apa-apa pengeluaran, peletakan atau pelepasan manakala “Efluen” ertinya kumbahan dan apa-apa sisa cecair atau air sisa dan termasuklah hasil larut resap dan telus dan pelepasan dari penternakan dan akuakultur.

Pada dasarnya pelepasan efluen ialah apa-apa sahaja sisa cecair yang dilepaskan ke mana-mana badan perairan yang berpotensi mencemarkan badan perairan tersebut. Pelepasan efluen daripada pelbagai punca seharusnya dikawal agar kualiti sumber air mentah dapat dipelihara. Pelepasan efluen yang tidak terkawal dapat menyebabkan sesebuah sungai itu terbeban dengan pelbagai sumber pencemaran dan tempoh waktu yang lebih lama bagi merawat dirinya sendiri.

Salah satu fungsi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah ialah untuk memastikan perlindungan kehidupan yang menyokong kapasiti air dan ekosistem, memaksimumkan faedah ekonomik, sosial dan alam sekitar mereka untuk generasi sekarang dan masa hadapan dan mengelakkan apa-apa kesan yang buruk dalam penggunaan dan pembangunan sumber air.

Oleh itu, bagi menjalankan fungsi ini, pihak Lembaga Sumber Air Negeri Kedah menerusi Seksyen 93,(d), (e) dan (g) Enakmen Sumber Air Kedah 2008 telah mewajibkan semua aktiviti pelepasan efluen hendaklah mempunyai lesen untuk menjalankan setiap operasi tersebut menerusi Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pelepasan Efluen) 2017.

Skim Pelesenan Aktiviti Pelepasan Efluen ini diwujudkan bagi memastikan sebarang aktiviti yang dilakukan tidak mencemarkan kualiti sumber air yang sedia ada dan memudahkan kerja-kerja pemantauan dijalankan serta menguatkuasakan Enakmen Sumber Air Kedah 2008.

PUNCA KUASA

  • Seksyen 29 Enakmen Sumber Air Kedah 2008
  • Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Pelepasan Efluen) 2017

Di bawah Enakmen Sumber Air Kedah 2008, Sekyen 29 (Kawalan Pencemaran) telah memperuntukkan:

(1) Tidak seseorang pun boleh melepaskan-

  • apa-apa bahan pencemaran ke dalam mana-mana badan perairan: atau
  • apa-apa bahan pencemaran ke atas atau ke dalam tanah dalam keadaan yang mungkin menyebabkan apa-apa bahan pencemaran memasuki mana-mana badan perairan

kecuali setakat yang diperuntukan di bawah bahagian ini.

(2)  Tiap-tiap orang dikehendaki untuk mengelakkan, memulihkan atau mengurangkan apa-apa kesan yang buruk pada persekitaran air yang timbul daripada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh atau bagi pihak orang itu, sama ada aktiviti itu dibenarkan atau tidak melalui lesen yang diberikan di bawah Enakmen ini.

(3)  Jika apa-apa pencemaran yang tidak wajar berlaku, pemegang lesen atau orang  atau pemunya yang bertanggungjawab bagi aktiviti ini itu mesti memaklumkan Pengarah Sumber Air dengan segera dan dengan sendiri mengambil semua langkah yang munasabah untuk memulihkan dan mengurangkan kesan yang buruk itu ke atas alam sekitar.

FI, CAJ DAN SEKURITI

Garis Panduan & Senarai Semak

Borang Permohonan

Borang Tuntutan Pemulangan Wang Sekuriti

TOP