PENUBUHAN

13 FEBRUARI 2008

PENUBUHAN ENAKMEN SUMBER AIR KEDAH 2008

27 MAC 2008

PEWARTAAN ENAKMEN SUMBER AIR KEDAH 2008

1 JUN 2010

PENGUATKUASAAN ENAKMEN SUMBER AIR KEDAH 2008

1 JULAI 2010

LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH MULA BEROPERASI

Mesyuarat Penstrukturan / Pengukuhan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah memutuskan mengguna pakai nama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah selaras dengan Enakmen Sumber Air Kedah 2008 yang berfungsi sebagai entiti baru yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah adalah sebuah agensi pengurusan sumber air di Negeri Kedah bertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air tanah dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong serta pesisiran pantai sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara.

Dengan adanya Enakmen Sumber Air Kedah 2008, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih berkesan.

PRESENT
TOP