

Memastikan pengurusan sumber air tanah dan permukaan serta pemantauan pengabstrakan air dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai kepuasan pelanggan secara berterusan.
Menjaga kepentingan Negeri di dalam hal pembangunan, pengurusan, penggunaan dan pemuliharaan sumber air (air tanah dan air permukaan).
Memastikan sumber air tanah dan air permukaan dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju.
Menyelaraskan dan mengawalselia pemberian Lesen Pengabstrakan Air bagi aktiviti abstraksi sumber air tanah dan air permukaan selaras dengan peruntukan perundangan Seksyen 24 Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan Subsidiari dibawahnya (Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Pengabstrakan Air 2015).
Menjalankan pemantauan berkala terhadap pemegang – pemegang lesen pengabstrakan air bagi memastikan penggunaan sumber air sentiasa mampan dan sejahtera.
Memantau dan menyediakan laporan siasatan tapak bagi aduan-aduan berkaitan abstraksi sumber air.
Menyelaras permohonan dalam kelulusan EIA / Permohonan Pembangunan Tanah dan Kebenaran Merancang bagi PBT untuk Daerah Pendang, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu.