PENCAPAIAN

 AGIHAN LEBIHAN HASIL LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH KE AKAUN KUMPULAN WANG NEGERI DISATUKAN

5 Januari 2022 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Sesi penyampaian agihan lebihan hasil Lembaga Sumber Air Negeri Kedah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman selaku Pengerusi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah bersempena Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Bilangan 1 Tahun 2022. Perkara ini telah diperuntukkan melalui Seksyen 18A, Enakmen Sumber Air Kedah 2008 iaitu walau apapun seksyen 17 dan 18, wang yang disebut dalam seksyen-seksyen itu melebihi keperluan kewangan Lembaga untuk melaksanakan fungsinya di bawah Enakmen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Negeri Disatukan

TOP