OBJEKTIF

Memastikan sumber air, lembangan sungai dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mapan bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi negeri yang sentiasa berdaya maju

Menjana sumber kewangan atau hasil baru bagi Kerajaan Negeri

Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudahcara dan penguatkuasa secara efektif, sistematik dan efisien dengan menjadikan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai dan Pelan Pengurusan Bersepadu Zon Pantai sebagai sumber rujukan utama

Mewujudkan suasana yang akan menggalakkan penyertaan sektor awam dan swasta dalam pengurusan sumber air dengan mengambil kira kepentingan awam dan Kerajaan Negeri

Menanamkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya sumber air dipelihara dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan kualitinya

Mewujudkan sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang berkesan dalam memastikan sumber air terpelihara dan kualitinya terjamin

Menyediakan pangkalan data dan pemetaan maklumat sumber air Negeri Kedah yang lengkap bagi tujuan pembangunan dan perancangan

Menjalankan kajian atau penyelidikan yang berkaitan dengan pengurusan dan perundangan sumber air dari masa ke semasa

TOP