

Unit Kewangan dan Akaun merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di lembaga . Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan lembaga, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan, Pembayaran Bil dan Tuntutan, Pengurusan Gaji, Pengurusan Pinjaman, Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil serta Pengurusan Aset mengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
Objektif unit adalah untuk melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti lembaga
Skop Perkhidmatan
Unit Kewangan dan Akaun mempunyai fungsi-fungsi utama seperti berikut:
- Pengurusan Akaun
- Menguruskan pembayaran bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
- Menyedia dan menyelaras Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
- Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.
- Pengurusan Gaji
- Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan lembaga
- Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.
- Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, tuntutan perjalanan, dan pelbagai tuntutan yang berkaitan
- Pengurusan Kewangan
- Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga di peringkat lembaga
- Menguruskan permohonan Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan sebagainya
- Pengurusan Hasil
- Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan hasil lembaga
- Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
- Pengurusan Tunggakan Hasil.