Pengerusi
- Pegawai Kewangan Negeri Kedah
Ahli
- Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)
- Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian
- Ketua Unit Dalam SUK Kedah
Mengkaji pematuhan terhadap prosedur undang-undang dan peraturan-peraturan
Untuk menilai juruaudit luar dan memberi cadangan ke atas pelantikan seperti yang diperlukan
Memastikan tidak terdapat sekatan atau batasan yang tidak wajar yang boleh menjelaskan pelaksanaan audit luar
Untuk mengkaji penemuan dari pemeriksaan juruaudit luar dan syorkan penambahbaikan kepada Pihak Pengurusan.
Untuk memastikan semua isu yang dilaporkan juruaudit luar diselesaikan dengan memuaskan dan memperakukan tindakan susulan
Untuk mengkaji penyata tahunan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Mengesahkan kewujudan aset-aset dan menentukan ianya telah diakaunkan dengan betul serta dilindungi daripada sebarang jenis kerugian.
Menyemak kesahihan maklumat kewangan
Menjalankan pemeriksaan dan semakan khas yang diminta oleh pihak pengurusan termasuk menyiasat laporan penipuan, pecah amanah, kecurian dan pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.
Untuk memeriksa hal-hal lain yang dirasakan perlu oleh jawatankuasa.