Hari Bertemu Pelanggan LSANK melibatkan kolaborasi di antara Bahagian Pembangunan dan Bahagian Undang-Undang dan Penguatkuasaan untuk mendekati bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada yang menjalankan aktiviti pengabstrakan air, aktiviti badan perairan dan aktiviti pelepasan efluen. Memilih Pulau Langkawi sebagai lokasi Hari Bertemu Pelanggan LSANK yang julung kali diadakan ini dikira sebagai platform ‘One Stop Centre’ dalam menyelesaikan sebarang permasalahan pelanggan yang timbul dan merupakan satu pendekatan yang holistik untuk menawarkan perkhidmatan melalui interaksi dan perhubungan yang mesra, telus, cekap dan mencapai sasaran mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.
Tujuan Hari bertemu Pelanggan LSANK diadakan adalah seperti berikut :
- menyediakan platform untuk berhubung secara langsung dengan pelanggan utama iaitu bakal pelanggan, kakitangan dan pemegang lesen bagi memastikan keperluan pelanggan dikenalpasti dan difahami
- menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada ketidakfahaman terhadap perkhidmatan yang disediakan
- memberi pendedahan terhadap perkhidmatan yang disediakan dengan proses kerja (SOP) dan peraturan-peraturan yang digunapakai oleh LSANK.
- mendapatkan maklum balas pelanggan berkaitan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta meningkatkan mutu perkhidmatan yang disediakan,