Pemantauan Dan RondaanAktiviti Pengabstrakan Air Daerah Pokok Sena, Kedah
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan dan rondaan berkala terhadap aktiviti pengabstrakan air di Daerah Pokok Sena, Kedah yang melibatkan aktiviti tapak semaian.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air permukaan atau air tanah demi memastikan semua pengusaha mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari dibawahnya.
Secara keseluruhannya, satu serahan notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada premis.

- Published in Aktiviti
LSANK Buddies@Sungai Kedah
LSANK melalui Bahagian Komunikasi dan Korporat telah melaksanakan LSANK Buddies@Sg Kedah dengan kerjasama Persatuan Pemancing Wilayah Utara. Program pembersihan sungai ini bukan sekadar aktiviti gotong-royong, malah ianya suatu inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang membawa nilai kebersamaan dan keprihatinan terhadap sumber air dan alam sekitar.
Dalam Islam, kebersihan merupakan sebahagian daripada iman dan penjagaan alam adalah amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Setiap usaha walaupun kecil amat bernilai di sisi-Nya.
Kutiplah walaupun hanya dengan satu sampah, kerana setiap kebaikan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas, insya-Allah akan menjadi amal kebajikan dan pahala. Sungai yang bersih bukan sahaja memberi manfaat kepada manusia, malah kepada seluruh makhluk.
Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam memelihara Sungai Kedah demi kesejahteraan bersama dan kelestarian alam sekitar.
![]()
Kalau bukan KITA, siapa lagi?, Jom mulakan dari sekarang, demi generasi yang akan datang.
Terima kasih juga kepada E-Idaman Sdn Bhd


- Published in Aktiviti
Pemantauan Dan Rondaan Aktiviti Pengasbtrakan Air Daerah Yan, Kedah
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan dan rondaan berkala terhadap aktiviti pengasbtrakan air di Daerah Yan, Kedah yang melibatkan aktiviti kolam memancing.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air permukaan atau air tanah demi memastikan semua pengusaha mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari dibawahnya.
Secara keseluruhannya, satu serahan notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada premis.

- Published in Aktiviti
OPERASI BERSEPADU LSANK | OPS TERJAH BILANGAN 2 TAHUN 2026

LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Ops Terjah 2/2026 melibatkan aktiviti penternakan, aktiviti sangkar dan aktiviti binaan di atas badan perairan sekitar kawasan Teluk Bayu hingga Sungai Dedap, Sungai Merbok, Daerah Kuala Muda pada 21 Januari 2026.
Operasi ini dilaksanakan secara bersama oleh LSANK dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Perikanan Negeri Kedah serta Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda yang melibatkan seramai 52 orang.
Hasil operasi mendapati telah berlaku pelanggaran melibatkan aktiviti binaan, sangkar ternakan dan struktur tanpa kebenaran di atas badan perairan. Tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran notis dan kompaun telah diambil oleh agensi terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Secara keseluruhan, operasi berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang insiden. Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelestarian sumber air di negeri Kedah.
LSANK komited dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan demi kesejahteraan bersama.

- Published in Aktiviti
Semakan Permohonan Telaga Tiub Dan Lawatan Projek Telaga Tiub
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah menjalankan semakan permohonan telaga tiub dan lawatan projek telaga tiub telah siap dilaksanakan di Daerah Pendang dan Kuala Muda
Projek Bekalan Sumber Air Alternatif sebagai Corporate Social Responsibility (CSR) LSANK yang bertujuan memperkukuhkan kelestarian pengurusan sumber air serta kebajikan masyarakat setempat.


- Published in Aktiviti
Ops Bersepadu Aduan Pencemaran Sungai Padang Pelanduk, Daerah Kubang Pasu.
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Badan Perairan dan Alam Sekitar bersama Bahagian Penguatkuasaan telah mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak dalam Ops Bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar bagi menyiasat aduan pencemaran di Sungai Padang Pelanduk, Daerah Kubang Pasu.
LSANK menghargai terhadap sebarang aduan yang diterima dan bersedia untuk mengambil tindakan sekiranya melanggar Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari.


- Published in Aktiviti
Pemantauan Tapak Bagi Semakan Pembaharuan Lesen Aktiviti Pengabstrakan Air Tanah
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah menjalankan pemantauan tapak bagi semakan pembaharuan lesen terhadap aktiviti pengabstrakan dan pengoperasian air tanah di Daerah Kota Setar dan Padang Terap yang melibatkan aktiviti industri makanan.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air demi memastikan semua pengusaha mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari dibawahnya.

- Published in Aktiviti
MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM NEGERI KEDAH 2026
LSANK menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Negeri Kedah bertempat di Perkarangan Dataran Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Majlis ini diadakan sebagai menghargai peranan dan tanggungjawab penjawat awam sebagai pelaksana dasar kerajaan dalam merealisasikan amanah pemerintah demi kesejahteraan rakyat.
Dalam mencapai usaha itu, sokongan padu daripada penjawat awam amat penting bagi mendokong visi dan misi kerajaan negeri tanpa dipengaruhi kepentingan peribadi atau agenda mana-mana pihak di luar kerajaan yang memerintah hari ini.
Hadir sama; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datoโ Seri Norizan Khazali; Speaker Negeri Kedah, Zubir Ahmad; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Datoโ Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang; Ketua Hakim Syarie Negeri Kedah, Yang Amat Arif Datoโ Syeikh Haji Abd Rahman Haji Abdullah; Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah.

- Published in Aktiviti
Rondaan terhadap aktiviti binaan dalam rizab sungai
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan dan rondaan terhadap aktiviti binaan dalam rizab sungai yang melibatkan pusat peranginan di Daerah Kulim.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti demi memastikan semua pengusaha mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari dibawahnya.

- Published in Aktiviti
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ค ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ข๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐ค ๐๐ค๐ฎ๐๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ฎ๐ซ
LSANK melalui Bahagian Pengurusan Sumber Air telah mengadakan lawatan tapak dan sesi perbincangan di Kolam Ternakan Ikan Susu, Daerah Kuala Muda, Kedah.
Lawatan ini turut disertai oleh YB Dato’ Haji Mohamad Yusoff @ Munir bin Haji Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Air, Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air & Alam Sekitar dan YB Tuan Haji Dzowahir bin Haji Ab.Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan bagi membincangkan potensi ternakan ikan susu serta merangka strategi memperkenalkannya sebagai produk signifikan Negeri Kedah.
Usaha ini dilihat mampu memperkukuhkan sektor akuakultur negeri dan membuka peluang ekonomi kepada pengusaha dan masyarakat setempat, sejajar dengan agenda pembangunan sumber air dan keterjaminan makanan negeri bagi kelestarian Negeri Kedah.

- Published in Aktiviti










