Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengadakan lawatan kerja pada 14 Mac 2022 yang bertujuan untuk meninjau perancangan pembangunan sumber air tambahan di Negeri Kedah. Lawatan ini diketuai oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Pengairan & Saliran dan disertai oleh Pejabat Daerah Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Institut Penyelidikan HIdraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Langkawi.








You must be logged in to post a comment.