
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan Operasi Bersepadu Ops Terjah 2/2026 melibatkan aktiviti penternakan, aktiviti sangkar dan aktiviti binaan di atas badan perairan sekitar kawasan Teluk Bayu hingga Sungai Dedap, Sungai Merbok, Daerah Kuala Muda pada 21 Januari 2026.
Operasi ini dilaksanakan secara bersama oleh LSANK dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah, Jabatan Perikanan Negeri Kedah serta Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Muda yang melibatkan seramai 52 orang.
Hasil operasi mendapati telah berlaku pelanggaran melibatkan aktiviti binaan, sangkar ternakan dan struktur tanpa kebenaran di atas badan perairan. Tindakan penguatkuasaan termasuk pengeluaran notis dan kompaun telah diambil oleh agensi terlibat selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Secara keseluruhan, operasi berjalan dengan lancar dan teratur tanpa sebarang insiden. Aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan akan diteruskan secara berperingkat bagi memastikan pematuhan undang-undang serta kelestarian sumber air di negeri Kedah.
LSANK komited dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan demi kesejahteraan bersama.





You must be logged in to post a comment.