LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan dan rondaan berkala terhadap aktiviti pengabstrakan air di Daerah Pokok Sena, Kedah yang melibatkan aktiviti tapak semaian.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air permukaan atau air tanah demi memastikan semua pengusaha mematuhi Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Perundangan Subsidiari dibawahnya.
Secara keseluruhannya, satu serahan notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada premis.





You must be logged in to post a comment.