4 PULAU DI YAN SETANDING TIOMAN

/ / Arkib, Berita
Pulau Sonsong, Sumber Internet

YAN 07 OGOS – Empat buah pulau yang terdapat di daerah ini berpotensi untuk dimajukan bagi memastikan ia setanding dengan pulau yang menjadi pusat pelancongan di negeri lain.Pegawai Daerah Yan, Hakim Ariff berkata, pihaknya menyasarkan empat pulau yang terdapat di daerah ini iaitu Songsong; Bidan; Bunting dan Pulau Telur mendapat kehadiran pelancong yang ramai seperti Pulau Tioman dan Pangkor.Menurutnya, kesemua pulau ini sangat berpotensi untuk pelancongan kerana kawasannya yang cantik dan masih belum diteroka.
“Pihak MDY (Majlis Daerah Yan) juga masih dalam proses bagi menyelaraskan perkhidmatan bot untuk ke pulau berkenaan di jeti-jeti yang telah kita wartakan,” katanya.Hakim berkata, sekarang ini terdapat 13 pengusaha bot yang berdaftar dan kerjasama baik akan dilakukan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat disediakan untuk pelancong.”Hasrat saya yang utama adalah memastikan masyarakat di daerah Yan ini dapat menjana pendapatan dari industri pelancongan di kawasan ini.

“Kita tidak mahu ada pihak luar yang datang atas dasar kepentingan diri kerana ekonomi tempatan perlu diutamakan,” katanya.katanya, di Yan terdapat 256 bilik penginapan, 19 buah chalet dan juga 70 buah bilik di Jerai Hill Resort yang berdaftar dengan pihak MDY.”Pelancong yang tidak mahu bermalam dengan berkhemah di pulau boleh menginap di bilik penginapan yang disediakan di sekitar daerah ini,” katanya.

Tambahnya, pihaknya juga dalam proses menyarankan kesemua pengusaha bilik penginapan ini agar berdaftar dengan MDY.”Ini bertujuan membolehkan kita bergerak bersama dalam memajukan pelancongan daerah ini,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/41698/EDISI/Utara/4-pulau-di-Yan-setanding-Tioman-Pangkor

You must be logged in to post a comment.