KEDAH GIAT BANGUNKAN PULAU PELANCONGAN

/ / Arkib, Berita

Kebersihan Pulau Payar perlu dikekalkan dalam menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.

LANGKAWI 31 JULAI – Kerajaan negeri melancarkan #keliakedahbersih di Pulau Payar sebagai salah satu usaha membantu taman laut untuk mengangkat pulau tersebut muncul kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri dan negara ini.Exco Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata, kerajaan negeri juga berusaha untuk membangunkan beberapa lagi produk pelancongan seperti Pulau Songsong dan Pulau Telur di Daerah Yan.“

Kami berhasrat untuk terus menjayakan pelancongan di negeri ini dan telah pun menjelaskan kepada Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi bagi memohon bantuan dari kerajaan Pusat.“Kami akan menyediakan sedikit infrastruktur kepada pulau-pulau ini dan Pulau Payar adalah antara matlamat utama,” katanya pada sidang akhbar selepas program gotong-royong menjaga kebersihan di Pulau Payar dengan kerjasama SW Corp, Kedah Tourism dan beberapa agensi kerajaan.

Mengulas pembinaan infrastruktur di Pulau Payar bernilai belasan juta ringgit namun masih belum siap, beliau berharap perkara tersebut dapat diberikan perhatian serius oleh pihak berwajib.“Pembinaan di beberapa tempat pulau ini juga diharapkan akan dipercepatkan apabila sudah tertangguh beberapa kali dan berharap ia diberikan perhatian dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan Langkawi di bawah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi.“Saya juga minta agar Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) turut memberi perhatian kepada pulau ini,” katanya.

Jelasnya, beliau berharap program tersebut akan dijadikan aktiviti berkala dari semasa ke semasa dan menyeru semua agensi swasta, badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan menjayakan hasrat tersebut.Sementara itu, Pengarah SWCorp Kedah, Zaidi Tuah berkata, pihaknya mendapati banyak sampah kitar semula ditemui di Pulau Paya, namun ia dibiarkan begitu sahaja.“Kempen kesedaran yang digerakkan ini adalah untuk mengajar dan memupuk masyarakat agar sedar sisa pepejal ini juga mampu dijadikan sebagai nilai sumber ekonomi dan artistik,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/40619/EDISI/Utara/Kedah-giat-bangunkan-pulau-pelancongan

You must be logged in to post a comment.