Sesi penyerahan sumbangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kepada Kerajaan Negeri Kedah telah berjaya diadakan pada 16 Disember 2020 (Rabu) jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Exco, Aras 6, Blok E, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Sumbangan ini telah diserahkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Lembaga Sumber Air Negeri Kedah kepada Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri Kedah bersempena Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada hari ini.






You must be logged in to post a comment.