• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Maklumbalas / Aduan
  • Peta Laman

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Profil
      • Perutusan Pengarah
      • Penubuhan
      • Objektif
      • Fungsi
      • Punca Kuasa
      • Visi & Misi
      • Logo Rasmi
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian
    • Pengurusan
      • Bidang Kuasa
      • Ahli Lembaga Pengarah
      • Pengarah
      • Carta Organisasi
      • Bahagian & Unit
      • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Perkhidmatan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Perundangan
      • Perundangan Subsidiari
      • Pelan Antirasuah
    • Pekeliling & Dasar
      • Pekeliling
      • Dasar
    • Penerbitan
      • Laporan Tahunan
      • Buletin LSANK
      • Pelan IRBM
      • Pelan ICM
      • Laporan Sungai Negeri Kedah
      • Laporan Pantai Negeri Kedah
    • Statistik
      • Perkhidmatan Dalam Talian
      • Kes Kemalangan
      • Prestasi Piagam Pelanggan
      • Statistik Maklumbalas & Aduan
    • Arkib
      • Pengumuman
      • Berita
      • Tender & Sebutharga
      • Keratan Akhbar
      • Kenyataan Media
      • Laporan Kajian
  • AWAM
    • Pelesenan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Direktori Kakitangan
      • Unit Pengurusan Lembangan Dan Perairan Pantai
      • Unit Perlindungan Dan Sumber Air
      • Unit Operasi Dan Penyelidikan
      • Unit Kawalan Dan Pencemaran
      • Unit Undang-Undang Dan Penguatkuasaan
      • Unit Pengurusan
      • Bahagian Penguatkuasaan
      • Unit Teknologi Maklumat
      • Unit Komunikasi Dan Korporat
    • Maklumbalas / Aduan
    • Pekeliling & Dasar
    • Jawatan Kosong
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman
    • Berita
    • Keratan Akhbar
    • Kenyataan Media
  • PELANGGAN
    • Direktori Kakitangan
    • Pelesenan
    • Maklumbalas / Aduan
    • Tender & Sebutharga
    • Soalan Lazim
  • WARGA LSANK
  • PEMBAYARAN
  • HUBUNGI KAMI
PERKHIDMATAN
  • Home
  • Berita
  • Air sungai terus keruh kerana air laut pasang, hujan berlarutan
18/07/2026

Air sungai terus keruh kerana air laut pasang, hujan berlarutan

Air sungai terus keruh kerana air laut pasang, hujan berlarutan

by news / Monday, 16 October 2023 / Published in Berita

ALOR SETAR: Keadaan air laut pasang serta hujan yang berlarutan menyebabkan bekalan air mentah di sungai akan terus keruh dan tidak dapat disalurkan kepada pengguna di Kulim

Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK), Syed Amaluddin Hafeez Syed Musa, berkata buat masa ini kekeruhan air itu akan terurai sendiri sehingga hujan kembali reda.

“Perkara seperti ini adalah kejadian alam. Kita tak boleh kawal hujan nak lebat atau akan berhenti. Hujan lebat di hulu menyebabkan air membawa lumpur di sekitar tebing sungai maka terjadilah kekeruhan air sungai yang ekstrem.

“Sehingga kini, loji rawatan air (LRA) Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) tak boleh proses air mentah kerana mereka perlu guna bahan kimia yang banyak dan boleh membahayakan pengguna,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan lebih 20,000 akaun pengguna di daerah Kulim mengalami gangguan bekalan air disebabkan LRA Sungai Ular terpaksa dihenti tugas serta-merta berikutan kadar kekeruhan air mentah di sungai yang tinggi.

SADA dalam satu kenyataan memaklumkan, lebih 50 kawasan perumahan dan kampung terjejas termasuk institusi pengajian.

Kenyataan itu berkata, SADA sudah memohon penjelasan insiden berkenaan kepada LSANK yang menjadi entiti bertanggungjawab mengawal selia hal berkaitan sumber air.

Katanya, bagi mengurangkan beban pengguna yang terjejas, tindakan segera melalui penghantaran lori tangki air secara berjadual dan penempatan tangki statik sedang dilaksanakan pada masa ini.

Syed Amaluddin Hafeez berkata, terdapat kaedah untuk mengalirkan air keruh namun ia memerlukan pelepasan air dari Empangan Beris dan Empangan Muda.

Bagaimanapun, katanya, kaedah itu akan menyebabkan simpanan air mentah terpaksa digunakan dan bimbang akan berlaku pembaziran.

  • Tweet

About news

What you can read next

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐖𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒, 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐉𝐄𝐑𝐋𝐔𝐍, 𝐊𝐔𝐁𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐀𝐒𝐔 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
BANJIR SELUT : KOLAM AIR PANAS TERJEJAS

You must be logged in to post a comment.

STATISTIK

  • 0
  • 0
  • 423
  • 1,630
  • 25,855

HUBUNGI KAMI

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Tel : +604-702 7667
Fax : +604-702 7655

[email protected]

DISCLAIMER

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

© 2026 Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. All Rights Reserved.

TOP

WhatsApp us