𝑷𝑬𝑴𝑨𝑵𝑻𝑨𝑼𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑵𝑮𝑼𝑨𝑻𝑲𝑼𝑨𝑺𝑨𝑨𝑵
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah menjalankan pemantauan aktiviti badan perairan bagi kategori aktiviti rekreasi sukan air di kawasan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi.
Jetski merupakan aktiviti yang perlu berlesen dengan LSANK seperti yang tertakluk di bawah Seksyen 93(a),(i) dan (j) Enakmen Sumber Air Kedah 2008 dan Peraturan-Peraturan Sumber Air Kedah (Aktiviti Badan Perairan) 2015 yang bertujuan bertujuan untuk mengawal aktiviti rekreasi.
LSANK sentiasa komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti badan perairan untuk mengelakkan terjadinya pencemaran badan perairan dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air.


- Published in Aktiviti
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐀𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐡 𝐀𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐫𝐣𝐚𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢
LSANK telah menghadiri Majlis Perasmian Projek Pembangunan Sumber Air Bersih bertempat di Surau At Taqwa, Kg Bukit Batu, Sik, Kedah yang dirasmikan oleh YB Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar.
Projek Pembangunan Sistem Air Bersih yang dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Tabung Haji ini merupakan usaha kebajikan yang bertujuan menyediakan akses kepada air bersih kepada rakyat yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air terutamanya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Projek ini adalah projek ketiga yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Ikhlas dengan kedalaman 120 kaki dan menghasilkan 45,000 liter air bersih dan akan memberi manfaat kepada 550 buah rumah di Kg Bukit Batu, Sik, Kedah.
Semoga dengan wujudnya Projek Pembangunan Sistem Air Bersih ini dapat membantu dan membawa perubahan positif dalam kehidupan masyarakat luar bandar yang lebih memerlukan.



- Published in Aktiviti
𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan aktiviti pengabstrakan air di kawasan Kampung Durian, Daerah Pendang yang melibatkan premis menjalankan aktiviti ternakan udang kara.
LSANK komited menjalankan pemantauan secara berkala terhadap sebarang aktiviti pengabstrakan air bagi memastikan aktiviti di premis adalah selamat dan tiada sebarang insiden yang boleh mengakibatkan gangguan terhadap sumber air. Secara keseluruhannya, keadaan premis didapati dalam keadaan baik dan terkawal.




- Published in Aktiviti
𝑳𝒂𝒘𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 : 𝑻𝒊𝒏𝒋𝒂𝒖𝒂𝒏 𝑺𝒕𝒂𝒕𝒖𝒔 𝑻𝒂𝒌𝒖𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑨𝒊𝒓 𝑬𝒎𝒑𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒅𝒊 𝑵𝒆𝒈𝒆𝒓𝒊 𝑲𝒆𝒅𝒂𝒉
LSANK telah menghadiri lawatan khas yang diadakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Yusoff bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga untuk meninjau peratusan paras air tadahan di Empangan Pedu dan Empangan Muda.
Lawatan dimulakan dengan taklimat tentang sejarah pembinaan empangan, paras tadahan air terkini, keselamatan empangan, aktiviti-aktiviti sekitar empangan dan rekod-rekod terdahulu tadahan empangan. Lawatan diteruskan dengan pemantauan paras air di Outlet Terowong Saiong, Mong Gajah dan Empangan Pedu seterusnya ke Empangan Muda dengan menaiki bot yang disediakan oleh MADA menerusi tasik sehingga ke Inlet Terowong Saiong.
Selain itu, delegasi juga tidak terkecuali untuk membuat pemantauan paras air dan aktiviti-aktiviti di Seri Mahawangsa Boat House, Tasik Pedu dan Jeti Awam Nelayan, Empangan Muda.




- Published in Aktiviti
MESYUARAT BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGURUSAN SUMBER AIR
LSANK menghadiri Mesyuarat Bersama Agensi-Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024 yang diadakan di Sabah dimana lokasi ini dipilih sebagai hos untuk mesyuarat tahun ini.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sernam Singh selaku Setiausaha Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah dengan melibatkan 16 agensi pengurusan sumber air di Malaysia termasuk Bahagian Perkhidmatan Air Dan Pembentungan, Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA), Bahagian Bekalan Air Putrajaya dan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Tujuan mesyuarat diadakan untuk sesi perkongsian pendapat dan membincangkan hal-hal pengurusan sumber air di antara negeri bersempadan tentang isu sumber air.


- Published in Aktiviti
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔
LSANK melalui Bahagian Penguatkuasaan telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan Polis Marin (Langkawi) yang melibatkan seramai 27 anggota dalam Operasi Bersepadu Aktiviti Badan Perairan.
Operasi ini dijalankan dengan rondaan menggunakan aset Polis Marin di sekitar kawasan operasi untuk pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
Hasil siasatan dan pemeriksaan, Bahagian Penguatkuasaan LSANK telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan dua jenis notis iaitu :-
1) Notis Kompaun Seksyen 77 Enakmen Sumber Air Kedah 2008, kesalahan berhubung lesen iaitu tidak memperbaharui lesen,
2) Notis Pemberitahuan Kesalahan di bawah Seksyen 77 Enakmen Sumber Air Kedah 2008, rekreasi sukan air kepada pengusaha yang tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
Operasi ini telah berjaya memfokuskan beberapa lokasi iaitu Royal Yatch Club dan Perairan Hutan Simpan Kilim di Langkawi dengan mengadakan pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pengusaha yang menjalankan aktiviti badan perairan.




- Published in Aktiviti
𝙎𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝘼𝙞𝙧 𝙎𝙚𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 2024
𝙋𝙚𝙧𝙞𝙣𝙜𝙠𝙖𝙩 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙤𝙧
LSANK melalui Bahagian Komunikasi dan Korporat telah menghadiri Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Lembaga Urus Air Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Program ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor.
Pengisian program merangkumi majlis menandatangani MOU di antara LUAS dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk memperkukuhkan pemantauan sumber air dengan menggunakan teknologi satelit.
Selain itu, LUAS juga turut menjenamakan semula Skuad Pantas kepada Skuad Elit Air LUAS (SKEAL), yang akan bertugas selama 24 jam dengan menggunakan kelengkapan peralatan yang baik dan penggunaan jetski untuk operasi di lapangan.
Aktiviti-aktiviti lain juga dijalankan bagi memeriahkan program ini adalah aktiviti sukan air, demonstrasi pensampelan kualiti air, demonstrasi aset-aset LUAS dan lain-lain.
Tahniah LUAS




- Published in Aktiviti
𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐍 (𝐎𝐏𝐀)
LSANK dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bekerjasama dengan mengemukakan permohonan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk melaksanakan OPA yang bertujuan menghasilkan hujan di kawasan tadahan yang melibatkan Empangan Pedu dan Empangan Muda di Negeri Kedah serta Empangan Bukit Merah di Negeri Perak bagi membantu meningkatkan sumber air untuk penggunaan domestik, industri, pengairan padi dan keperluan lain.
Kesesuaian untuk menjalankan OPA ditentukan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berdasarkan ramalan cuaca dan kelembapan udara di kawasan yang terlibat.
Pemilihan lokasi juga adalah berdasarkan kepada persetujuan mesyuarat yang telah memutuskan supaya dilaksanakan di empangan tersebut disebabkan peratusan takungan semasa yang rendah dan menjadi bekalan utama sektor domestik serta pengairan padi.
OPA merupakan usaha Kerajaan bagi menangani impak fenomena cuaca panas dan Monsun Barat Daya yang dilaksanakan selama 3 hari mulai 29 Julai 2024 hingga 31 Julai 2024 serta melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), NADMA, METMalaysia, LSANK, MADA dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian.
Hadir sama dalam OPA, Tuan Syed Amaluddin Hafeez bin Syed Musa selaku Pengarah LSANK.






- Published in Aktiviti












