• Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Maklumbalas / Aduan
  • Peta Laman

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

  • UTAMA
  • KORPORAT
    • Profil
      • Perutusan Pengarah
      • Penubuhan
      • Objektif
      • Fungsi
      • Punca Kuasa
      • Visi & Misi
      • Logo Rasmi
      • Piagam Pelanggan
      • Pencapaian
    • Pengurusan
      • Bidang Kuasa
      • Ahli Lembaga Pengarah
      • Pengarah
      • Carta Organisasi
      • Bahagian & Unit
      • Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
    • Perkhidmatan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Perundangan
      • Perundangan Subsidiari
      • Pelan Antirasuah
    • Pekeliling & Dasar
      • Pekeliling
      • Dasar
    • Penerbitan
      • Laporan Tahunan
      • Buletin LSANK
      • Pelan IRBM
      • Pelan ICM
      • Laporan Sungai Negeri Kedah
      • Laporan Pantai Negeri Kedah
    • Statistik
      • Perkhidmatan Dalam Talian
      • Kes Kemalangan
      • Prestasi Piagam Pelanggan
      • Statistik Maklumbalas & Aduan
    • Arkib
      • Pengumuman
      • Berita
      • Tender & Sebutharga
      • Keratan Akhbar
      • Kenyataan Media
      • Laporan Kajian
  • AWAM
    • Pelesenan
      • Pengabstrakan Air
      • Badan Perairan
      • Pelepasan Efluen
    • Direktori Kakitangan
      • Unit Pengurusan Lembangan Dan Perairan Pantai
      • Unit Perlindungan Dan Sumber Air
      • Unit Operasi Dan Penyelidikan
      • Unit Kawalan Dan Pencemaran
      • Unit Undang-Undang Dan Penguatkuasaan
      • Unit Pengurusan
      • Bahagian Penguatkuasaan
      • Unit Teknologi Maklumat
      • Unit Komunikasi Dan Korporat
    • Maklumbalas / Aduan
    • Pekeliling & Dasar
    • Jawatan Kosong
    • Soalan Lazim
    • Pengumuman
    • Berita
    • Keratan Akhbar
    • Kenyataan Media
  • PELANGGAN
    • Direktori Kakitangan
    • Pelesenan
    • Maklumbalas / Aduan
    • Tender & Sebutharga
    • Soalan Lazim
  • WARGA LSANK
  • PEMBAYARAN
  • HUBUNGI KAMI
PERKHIDMATAN
  • Home
  • Arkib
  • Archive from category "Arkib"
  • Page 3
16/07/2026

Category: Arkib

SEMINAR KESEIMBANGAN KELUARGA @ KERJA

Monday, 12 October 2020 by korporat

Keluarga @ kerja merupakan salah satu modul yang boleh meningkatkan motivasi diri di dalam kalangan kakitangan disamping mengukuhkan hubungan kekeluargaan.

Seminar ini telah berjaya dilaksanakan selama dua hari bermula pada 11 Oktober 2020 Dan 12 Oktober 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. Seminar ini dihadiri oleh 37 orang kakitangan yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Dalam menghadiri seminar ini, semua kakitangan didedahkan kepada bagaimana untuk mengenali emosi, kreativiti dalam menguruskan keluarga dan kerja.

Di akhir seminar ini, semua kakitangan diajar untuk melaksanakan terapi ketawa yang pastinya menghilangkan tekanan yang dihadapi. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN LSANK

Monday, 12 October 2020 by korporat

‘Kesihatan adalah kekayaan’ adalah penting untuk menjadikan pemeriksaan kesihatan seperti indeks jisim badan (BMI), tinggi/berat badan, tekanan darah dan bacaan denyutan, paras kolestrol serta kandungan gula di dalam badan sebagai satu rutin.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK. telah mengambil inisiatif untuk membuat saringan kesihatan kepada semua kakitangan bagi mengesan sebarang penyakit secara awalan pada 8 Oktober 2020 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Utama, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah memandang serius terhadap isu kesihatan dan kebajikan kakitangan kerana kakitangan merupakan aset bernilai bagi memantapkan organisasi sesebuah jabatan. Semua kakitangan member kerjasama terhadap pemeriksaan kesihatan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan dan terima kasih Pathlab Alor Setar kerana sama-sama membantu menjayakan pemeriksaan kesihatan tersebut.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PENCEMARAN SUNGAI

Tuesday, 06 October 2020 by korporat

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah dijemput untuk menyertai Operasi Bersepadu Pemantauan Pencemaran Sungai pada 5 Oktober 2020 (Isnin).

Operasi bersepadu pemantauan pencemaran sungai di Relau telah dihadiri oleh Majlis Daerah Bandar Baharu, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Jabatan Perikanan Negeri Kedah dan wakil penduduk Kampung Padang serta Kampung Ulu.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

LAWATAN KERJA KE LEMBAGA URUS AIR SELANGOR

Tuesday, 08 September 2020 by korporat

Lawatan kerja telah diadakan selama dua hari iaitu 13 Ogos 2020 (Khamis) dan 14 Ogos 2020 (Jumaat) yang bertujuan untuk mengetahui maklumat terperinci tentang pelaksanaan projek serta fungsi Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) di Negeri Selangor.

Lawatan ini disertai oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, Tenaga Dan Pengairan & Saliran, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Kedah serta 10 orang kakitangan daripada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Di akhir lawatan, sesi bertukar maklumat serta pandangan tentang pengurusan pelesenan abstraksi sumber air telah diadakan bagi mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

MAJLIS BUBUR ASYURA LEMBAGA SUMBER AIR NEGERI KEDAH TAHUN 2020

Thursday, 03 September 2020 by korporat

Memasak bubur asyura adalah salah satu adat yang telah dilakukan oleh masyarakat melayu Islam di Malaysia ketika datangnya Bulan Muharram. Oleh itu, bersempena kedatangan Bulan Muharram, Unit Pengurusan telah melaksanakan Majlis Bubur Asyura yang bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di antara kakitangan. Majlis ini diketuai oleh Puan Noorulhuda Binti Mohammed Ali, AMK., BCK. selaku Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada semua kakitangan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah yang telah berjaya menyediakan dan mengedarkan 130 bekas bubur asyura. Aktiviti berakhir jam 3.00 petang.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

SIASATAN PENYUSUTAN AIR DI SUNGAI MUDA

Sunday, 19 April 2020 by korporat

Atas arahan Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah menjalankan siasatan di tapak pada 14 April 2020 hingga 16 April 2020 bagi mengetahui punca kepada penyusutan air di Sungai Muda. Satu inisiatif telah dijalankan dengan menubuhkan 3 pasukan bagi menyiasat perkara tersebut.

📌 Pasukan pertama : Menjalankan pemantauan di LRA Jeneri, Jeniang / Sg Pau, Teloi Kanan dan Bukit Selambau.

Pasukan kedua : Menjalankan pemantauan di LRA Sg Limau, Baling, Sg Dua serta Pam Pengairan JPS di Landak, Sidam Kiri, Terat Batu, Pinang Tunggal dan Bumbung Lima.

Pasukan ketiga : Menjalankan pemantauan di LRA Kuala Ketil, Kulim Hi Tech, Pinang Tunggal, Sg Petani serta Pam Pengairan JPS di Kemubung, Sidam Kiri, Pantai Prai, Pinang Tunggal, Pekula, Kota II.

Hasil dari pemantauan yang telah dijalankan oleh Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, tiada kecurian atau pengambilan air tambahan di Sungai Muda. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, pihak operator kuari pasir tidak menjalankan aktiviti kuari. Penurunan paras air di Lembangan Sungai Muda disebabkan proses hidrologi yang telah terganggu akibat aktiviti pembukaan tanah, perbandaran, pembalakan dan tanaman semula yang memberi impak kepada simpanan air di kawasan tadahan air yang menyebabkan air hujan mengalir terus ke sungai dan laut.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

KURSUS PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN PACUAN 4 RODA – HARI KETIGA hi

Saturday, 01 February 2020 by korporat

📌 1 Februari 2020 (Sabtu) di Tanjung Malim, Perak.

✅ 10 orang pegawai dari Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah diberi tugasan iaitu ujian kefahaman sebelum tamat berkursus dan sesi penyampaian sijil telah diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua yg menyertai kursus ini. Tahniah dan syabas! Diharapkan segala ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

placeholder://

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

KURSUS PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN PACUAN 4 RODA – HARI KEDUA

Friday, 31 January 2020 by korporat

📌 31 Januari 2020 (Jumaat) di Tanjung Malim, Perak.

✅ 10 orang yg menyertai kursus ini telah mempelajari dan membuat praktikal pemanduan 4×4 dengan pelbagai laluan serta cabaran. Antara laluan yg dipelajari adalah seperti laluan berlumpur, laluan berpasir, menyeberangi sungai, laluan mendaki dan menuruni bukit, laluan condong, laluan V gullies serta laluan berlicin.

https://www.lsank.gov.my/media/7c7bced0-0f4a-4d1d-956b-445dd81481ef.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/a9083961-9bb1-45a5-a7bb-7e535ebed2d2.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/80df5c74-a789-4acc-beaa-021ac14528c5.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/adc7caf2-87c2-419c-9597-48af1f4e473a.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/74cdd74c-4ef6-468e-9ee1-e1e64ae7c19b.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/0113c3e3-fda0-4863-aae9-5b152f88a007.mp4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

KURSUS PEMANDUAN DAN PENGENDALIAN PACUAN 4 RODA – HARI PERTAMA

Thursday, 30 January 2020 by korporat

📌 30 Januari 2020 (Khamis) di Tanjung Malim, Perak.

✅ Lembaga Sumber Air Negeri Kedah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi 2 orang pemandu dan 8 orang pemandu yang diberi kuasa untuk memandu. Kursus ini adalah bertujuan untuk mempelajari sistem pacuan 4 roda dan komponennya secara teori. Selain itu, peserta yang mengikuti kursus ini dapat mengendali kenderaan pacuan 4 roda secara off-road.

https://www.lsank.gov.my/media/34caf029-dfab-45ef-a4df-5c0077c94968.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/629b741f-5d3b-4ec0-8eee-ff2cd200c7e5.mp4
https://www.lsank.gov.my/media/343c8099-d14a-419a-8122-2155aa106901.mp4

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments

PAMERAN SEMPENA KEMPEN JIMAT JANGAN BAZIR

Thursday, 23 January 2020 by korporat

📌 21 Januari 2020 (Selasa) di Perkarangan Muzium Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

✅ Seluruh rakyat negeri Kedah diharap dapat menyahut cabaran untuk mengurangkan pembaziran air supaya bekalan air sentiasa mencukupi di samping dapat mengurangkan bayaran bil air itu sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air serta Tenaga, Dato’ Zamri Yusuf berkata, purata individu atau pengguna di negeri ini didapati menggunakan air sebanyak 230 liter sehari iaitu antara yang terbanyak di negara ini.

Untuk itu katanya, kerajaan negeri menetapkan sasaran supaya jumlah itu dapat dikurangkan kepada hanya 200 liter saja sebagai permulaan mencapai sasaran 180 liter seperti ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Dalam merealisasikan impian ini, kita menyediakan ganjaran terbuka kepada rakyat negeri ini yang dapat menurunkan penggunaan air dua bulan berturut-turut dan hadiah akan disampaikan pada program Hari Air Sedunia 2020 pada bulan Mac nanti.

“Pihak kerajaan juga turut menyediakan hadiah perdana yang nilai keseluruhannya mencecah RM100,000. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratusan tertinggi yang dapat dijimatkan oleh pemegang akaun berkenaan sepanjang dua bulan berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Jimat Jangan Bazir 2020 Peringkat Negeri Kedah bertemakan ‘Harapan 2020 : Berkongsi Masa Depan’ di Pekarangan Muzium Negeri Kedah di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, Perpaduan serta Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Summugam Rengasamy; Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd Fazil Ismail dan Pengurus SPAN Wilayah Utara, Mohd Rafie Othman.

Kalangan pemegang akaun yang berminat untuk menyertai cabaran tersebut boleh mendaftar di laman facebook ‘Kedah Water Hero’ bermula hari ini hingga 15 Mac depan.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib
No Comments
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5

STATISTIK

  • 2
  • 4
  • 333
  • 1,570
  • 25,923

HUBUNGI KAMI

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah

Aras 1, Blok E, Wisma Darul Aman
05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman

Tel : +604-702 7667
Fax : +604-702 7655

[email protected]

DISCLAIMER

Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) is not liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

© 2026 Lembaga Sumber Air Negeri Kedah. All Rights Reserved.

TOP

WhatsApp us