KURSUS ASAS MOBILEGRAFI KUMPULAN KEDUA
Kursus Asas Mobilegrafi Kumpulan Kedua telah diadakan pada 30 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023 di The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai.
Kursus ini merupakan inisiatif dari Bahagian Komunikasi Korporat bagi memastikan semua kakitangan diberikan pendedahan tentang teknik mengambil gambar dan menyunting gambar menggunakan telefon pintar masing-masing.
Kemahiran ini sangat penting dalam kalangan kakitangan LSANK kerana ianya merupakan aktiviti harian yang perlu dijalankan untuk mengemaskini Diari Aktiviti LSANK dan Laporan Tahunan LSANK.




- Published in Aktiviti
KUNJUNGAN HORMAT LSANK KE JSANK
Pengarah LSANK, Tuan Syed Amaluddin Hafeez Bin Syed Musa bersama Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan LSANK telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) yang bertujuan untuk sesi percambahan idea dan bertukar pendapat mengenai pengurusan sumber air di antara dua negeri.
LSANK juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke Loji Nyahgaram Air Laut, Pantai Senok dan Loji Rawatan Air Kampung Telok di Negeri Kelantan yang merawat air dengan pelbagai kaedah menggunakan sumber air sedia ada bagi kegunaan domestik.
LSANK ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YM Tengku Sharifuddin Bin Dato Tengku Shah Budin, Pengarah JSANK dan seluruh warga kerja di atas kesudian menerima kunjungan hormat dari LSANK.





- Published in Aktiviti
PROGRAM PENANAMAN POKOK ANJURAN PEJABAT KEWANGAN NEGERI KEDAH
LSANK telah menyertai Program Penanaman Pokok pada 22 Julai 2023 di Kampung Seberang Chegar, Alor Setar.
Ianya bertujuan bagi pengindahan persisiran Sungai Anak Bukit yang akan menjadi tarikan baharu sebagai aktiviti riadah serta sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah dalam menjadikan laluan sungai sebagai daya tarikan di Negeri Kedah.
Program ini telah dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wira Isahak Murat dan pelbagai agensi terlibat bagi menjayakan program bagi menambahkan keceriaan sungai bersama penduduk setempat.



- Published in Aktiviti
BENGKEL PENGENALAN ASAS & SEMAKAN KERTAS SIASATAN
Bengkel Pengenalan Asas & Semakan Kertas Siasatan telah berjaya dilaksanakan pada 25 Jun 2023 di Raia Hotel, Alor Setar bersama penceramah jemputan Yang Berbahagia Dato’ Khairul Anuar Bin Abdul Halim, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah.
Bengkel ini merupakan usaha Bahagian Penguatkuasaan untuk memberikan latihan dan pendedahan spesifik kepada pengurusan siasatan dan pertuduhan bagi penyediaan kertas siasatan selaras dengan Enakmen Sumber Air Kedah 2008.




- Published in Aktiviti
OPERASI BERSEPADU DI DAERAH KUALA MUDA
Bahagian Penguatkuasaan LSANK telah menyertai operasi bersepadu di Daerah Kuala Muda bersama dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Pelaksanaan operasi ini diadakan untuk memastikan semua pengusaha dan pemegang lesen bagi kuari pasir sungai dan kuari pasir darat di Daerah Kuala Muda mematuhi syarat-syarat sepertimana yang telah dinyatakan dalam Seksyen 24, Enakmen Sumber Air Kedah 2008 Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.

- Published in Aktiviti
BENGKEL PENGENALAN ASAS & SEMAKAN KERTAS SIASATAN
Bengkel Pengenalan Asas & Semakan Kertas Siasatan telah berjaya dilaksanakan pada 25 Jun 2023 di Raia Hotel, Alor Setar bersama penceramah jemputan Yang Berbahagia Dato’ Khairul Anuar Bin Abdul Halim, Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah.
Bengkel ini merupakan usaha Bahagian Penguatkuasaan untuk memberikan latihan dan pendedahan spesifik kepada pengurusan siasatan dan pertuduhan bagi penyediaan kertas siasatan selaras dengan Enakmen Sumber Air Kedah 2008.

- Published in Aktiviti






