KULIM 30
JUN – Pembukaan Serdang Lake View Resort di pekan Serdang di sini secara tidak
langsung membuka peluang pekerjaan kepada golongan belia selain memacu ekonomi
penduduk setempat.Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun
berkata, resort diuruskan sepenuhnya Keda Resort & Holidays Sdn
Bhd.Menurutnya, ia dilengkapi 33 bilik dan dua bilik asrama bagi lelaki dan
perempuan termasuk sebuah dewan.
“Diharapkan resort ini dapat meningkatkan ekonomi melalui penganjuran
program-program selain membuka peluang pekerjaan khususnya kepada golongan
belia di kawasan ini.”Aktiviti di resort ini perlu dipergiatkan promosinya
melalui media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dan perlu uarkan-uarkan
pakej yang menarik supaya ia termasuk dalam aktiviti boleh disenarai dalam
pelancongan negeri Kedah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Serdang Lake View
Resort, di sini hari ini.Tambahnya, beliau harap kemudahan-kemudahan di resort
itu dapat ditambah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.”Sebagai contoh
kita ada tasik yang cantik, kita boleh gunakan tasik itu bagi mengadakan
aktiviti sukan air, (bina) restoran terapung dan sebagainya,” katanya.Rina
berkata, di Serdang, resort berkenaan satu-satunya dilengkapi pelbagai
kemudahan memandangkan di kawasan itu kebanyakannya rumah inap desa.Harga
sewaan kepada pengunjung bermula daripada RM108 dan ke atas.
SUMBER : SINAR