
KULIM 30
JUN – Tujuh buah kampung di daerah ini dikenal pasti sebagai Projek
Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (Prospek) rintis pertama di kawasan
utara.Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Seri Rina Harun
berkata, lima daripada tujuh kampung berkenaan dibangunkan sebagai projek
tanaman jagung.Menurutnya, ia melibatkan 52 ekar tanah terbiar milik penduduk
kampung dengan penyertaan 50 peserta.
“Projek ini ialah satu program baru kementerian yang kita lancar pada awal
tahun ini.”Pembangunan Prospek terdiri daripada tiga komponen utama iaitu
ekonomi, perumahan dan prasarana asas,” katanya Beliau berkata demikian
pada sidang media selepas melawat Pusat Kegiatan Ekonomi Propek Kampung Sidam,
hari ini.Tujuh kampung terpilih bagi Prospek Rintis di sini ialah Kampung Ujung
Padang, Kampung Guar Lobak, Kampung Sentosa, Kampung Sidam Kanan, Kampung Bukit
Sidam, Kampung Keda dan Kampung Telok Sera.Rina berkata, tanaman jagung yang
mengambil masa selama tiga bulan bagi mengeluarkan hasil mendapat permintaan
sangat tinggi.
“Bukan sahaja daripada buah jagung untuk kegunaan komersial tetapi daun
dan lain-lain itu digunakan untuk makanan ternakan,” katanya.Rina (kiri)
melawat gerai usahawan ikan pekasam ketika melawat Pusat Kegiatan Ekonomi
Propek Kampung Sidam hari ini.Mengulas lanjut, Rina berkata, daripada segi
prasarana, KPLB membantu kemudahan jalan termasuk pusat kegiatan ekonomi
kampung.”Ia menjadi pusat untuk masyarakat menjalankan aktiviti ekonomi
atau aktiviti lain.”Kita juga telah mengenal pasti beberapa rumah daripada
senarai e-Kasih yang memang miskin untuk dibantu sama ada untuk baik pulih atau
bina baru,” katanya.
Beliau berkata, selain di Kulim Kedah, prospek Rintis juga dijalankan di
Kampung Pasir Raja Dungun Terengganu dan beliau berharap kedua-dua projek
berkenaan dapat dikembangkan ke kampung-kampung setiap negeri.”Kita
mendapat kerjasama baik daripada Ahli Parlimen, pegawai daerah, termasuk Majlis
Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).”Kita mahu MPKK diperkasakan kerana akhirnya
mereka ini juga akan menjalankan segala aktiviti program ekonomi,”
katanya.Mengulas lanjut Prospek Rintis di kampung berkenaan, Rina berkata,
sumber yang ada di kampung dimanfaat bagi penjanaan ekonomi.
Sebagai contoh katanya, terdapat usahawan kawasan itu mengusahakan perniagaan
ikan pekasam melalui ternakan ikan air tawar dan produk tersebut menerima
permintaan tinggi.”Kawasan ini berhampiran dengan sungai, jadi sebenarnya
kita mengunakan apa yang ada di kampung ini untuk menambahkan ekonomi.”Ia boleh
dibuat penternakan ikan air tawar dan hasilnya boleh dijadikan produk hiliran
lain.”Pihak kementerian, KEDA, MARA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat akan
sentiasa membantu dari segi bimbingan dan kemahiran kepada peserta,”
katanya.
SUMBER : SINAR